Miss Universe Malaysia 2024 iaitu Sandra Lim berjaya melayakkan diri ke Top 30 daripada 125 peserta di pertandingan Miss Universe 2024 di Mexico City, Mexico, hari ini.
54 tahun menunggu
Hampir 54 tahun negara menunggu kejayaan seperti ini, pencapaian yang diraih oleh Sandra itu sekali gus mencipta sejarah manis kerana kali terakhir nama Malaysia dipanggil adalah pada 1970 menerusi Josephine Wong yang berjaya ke Top 15 ketika itu.
Menerusi laporan Harian Metro, Sandra berkata, perjalanan untuk meraih mahkota itu bukan mudah. Malah, beberapa hari sebelum pertandingan bermula, kepalanya mengalami perdarahan akibat terhantuk.
Dua hari sebelum ‘pageant week’, saya sedang menjalani penggambaran filem dan kepala saya terhantuk atas jalan raya sehingga berdarah. Saya sangat risau jika pengsan. Saya perlu imbangkan kerja dan pertandingan. Bulan ini saja, selama empat ke lima hari saya bersengkang mata bagi persiapkan diri untuk pertandingan ini. Keazaman itulah saya nak tunjukkan di luar sana.
Apa saja yang kita ingin gapai, selagi kita beri sepenuh jiwa dan raga terhadapnya, kita mampu mengecapnya juga.
Sekadar info, pertandingan Miss Universe 2024 dimenangi wakil Denmark iaitu Victoria Kjaer.