Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSangat Menarik! Tourism Western Australia Lancar Panduan Percutian Halal ke Australia Barat

    Sangat Menarik! Tourism Western Australia Lancar Panduan Percutian Halal ke Australia Barat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Baru-baru ini, Tourism Western Australia telah melancarkan Panduan Perjalanan Muslim baharu di Malaysia hari ini. Panduan ini merupakan kompilasi maklumat yang disesuaikan untuk pelancong Muslim di Malaysia supaya mereka boleh melancong ke Australia Barat dan meneroka keindahan negeri itu dengan mudah.

    Australia Barat adalah negeri yang terbesar di Australia dan ia dipenuhi dengan pelbagai pengalaman unik yang dibentangkan oleh warisan alam semula jadi dan budayanya. Di sinilah terletaknya destinasi yang tersenarai sebagai warisan dunia, termasuklah salah satu terumbu karang pinggir yang terbesar di dunia, dan ia juga salah satu tempat yang mempunyai budaya hidup tertua di dunia. Australia Barat merupa destinasi yang cukup indah dan panduan ini disediakan untuk membantu pengembara Muslim di Malaysia menikmati pengalaman percutian yang lancar dan memenuhi keperluan mereka.

    Kempen Australia Barat ‘Walking on a Dream’ sememangnya menarik minat penjelajah yang suka cabaran. Panduan ini merangkumi sumber terkini tentang tarikan semula jadi dan budaya di Australia Barat dan merangkumi informasi untuk aktiviti bersiar-siar seperti kembara jalan raya dan lawatan sehari. Ia juga memaparkan senarai terperinci kedai makan yang Halal dan infrastruktur khas untuk pengunjung Muslim yang boleh didapati di seluruh negeri itu.

    Pengurus Negara Tourism Western Australia untuk Singapura dan Malaysia, Ava Ang berkata, Australia Barat adalah tempat istimewa yang menawarkan banyak pengalaman yang luar biasa dan unik buat sesiapa sahaja yang mahukan pengalaman baharu.

    “Kami berharap pelancaran Panduan Muslim kami ini akan memudahkan golongan pelancong Muslim di Malaysia  membuat perancangan perjalanan untuk melawat negeri ini untuk mengagumi keajaiban alam semula jadinya dan merasai sendiri kekayaan warisan budayanya,” kata Ava.

    Panduan tersebut tidak sekadar menawarkan jadual perjalanan – ia juga menyediakan maklumat yang komprehensif seperti garis panduan perjalanan daripada ketibaan, pemanduan dan khidmat pengangkutan awam – sumber yang sangat berguna untuk pengembara bukan Muslim yang ingin merancang percutian ke Australia Barat.

    ALSO READ:  Orang Terdekat Menyuarakan Kebimbangan Terhadap Cara Didik Anak, Farah Lee Mengaku Terasa Teraniaya – 'Bila Menghuraikan, Kena Label Keras Kepala'
    Via Instagram Western Australia

    Proses permohonan untuk Autoriti Pengembaraan Elektronik (Electronic Travel Authority, ETA), yang setara dengan VISA untuk memasuki Australia, kini semakin pantas kerana ia boleh diperoleh dalam tempoh seminggu dari hari permohonan. Bagaimanapun pengunjung dinasihatkan supaya menghantar permohonan mereka sekurang-kurangnya empat minggu sebelum berlepas bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diduga.

    Panduan Perjalanan Muslim kini boleh didapati di pautan ini. Untuk keterangan lanjut tentang Australia Barat, sila lawati  www.westernaustralia.com.



    Credit: Jalan-Jalan – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts