Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Sangat Sedih & Terluka Bila Anak Kita Dipersenda & Dicaci…”-Abby Abadi

    “Sangat Sedih & Terluka Bila Anak Kita Dipersenda & Dicaci…”-Abby Abadi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon, Abby Abadi muncul memberi penjelasan selepas menghadiri beberapa siri podcast serta berkongsi mengenai masalah yang melibatkan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim.

    Hanya Mahu Memperbaiki Keadaan

    Dengan jelas Abby menegaskan melalui hantaran di Insta Stories, dia menerima jemputan ke podcast hanyalah untuk memperbaiki keadaan agar sesetengah rakyat Malaysia memahami apa yang berlaku.

    “Saya terima jemputan untuk memperbaiki keadaan, untuk menjelaskan, untuk memberi faham. Sesetengah orang Malaysia ni, bila diam sibuk nak tahu. Bila bercerita, kata-kata macam-macam pula.

    Apabila pengacara bertanya, bagaimana saya tahu tentang Thailand itu, saya cerita la point-point nya. Takdelah cerita segala. Kongsi sedikit sahaja untuk memberitahu yang suka mengata supaya jangan suka membuat cerita. Mengata orang tidak menjaga anak semua, kita jaga, sehabis baik jaga, tetapi anak itu yang di luar jangkaan.”- jelas Abby di Insta Stories

    “Sangat Sedih & Terluka Bila Anak Kita Dipersenda…”

    Tambah Abby, dia turut meminta orang ramai untuk mendengar keseluruhan podcast tersebut, serta mengakui rasa sedih serta terluka apabila anaknya telah dipersenda dan dicaci.

    “Dengar keseluruhan podcast itu. Sebagai ibu, saya sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak saya. Takkan saya terima untuk ditemuramah semata-mata untuk memburukkan keadaan.

    Sangat sedih dan terluka bila anak kita dipersenda dan dicaci maki ikut suka. Menerima undangan untuk ditemuramah dalam podcast adalah usaha kecil saya menyelesaikan kemelut ini.

    Marissa anak saya. Amanah untuk saya. Tanggungjawab saya untuk memperbetulkan keadaan. Tak perlu melibatkan orang lain yang tidak mahu terlibat.”- tulis Abby lagi

    Sama-sama kita doakan yang terbaik agar masalah yang berlaku akan berakhir..

    ALSO READ:  [VIDEO] Danish Hakim Minta Maaf Isu Tak Selesa Dipanggil ‘Anak Norman & Abby’ – ‘Saya Hormati Mereka, Tanpa Mereka Siapalah Saya’

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts