Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSanggup Bantu Beri Duit Bulanan, Mak Jah Tersentuh Budi Baik Datuk Rosyam...

    Sanggup Bantu Beri Duit Bulanan, Mak Jah Tersentuh Budi Baik Datuk Rosyam Nor Yang Terus Membantunya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Setiap orang pasti akan berdepan dengan kesusahan. Orang yang berduit tidak semestinya tidak akan menemui saat kesusahan. Kehidupan di dunia sarat dengan kesusahan bagi menguji hamba yang benar-benar beriman kepada-Nya.

    Orang yang kaya ada kalanya diuji dengan kesusahan melibatkan wang ringgit. Mereka mempunyai wang, namun wang tersebut tidak dapat membantu mereka tatkala ditimpa musibah.

    Justeru, tidak wajar sekiranya ada yang beranggapan orang yang kaya tidak perlu diberi pertolongan. Sedangkan pertolongan itu boleh datang dalam pelbagai cara. Sebenarnya orang yang sedang berdepan kesulitan memerlukan sokongan termasuk rasa kebersamaan ketika diuji dengan kesusahan.

    Oleh itu, usah membeza-bezakan orang yang ingin dibantu hanya kerana ukuran wang yang dimilikinya. Islam membuka peluang yang luas untuk umatnya menghulurkan bantuan. Dari sudut lain pula turut membuka ruang untuk sesiapa sahaja menerima bantuan ketika berada dalam kesusahan.

    Berbahas soal ini, pelakon Mak Jah, 74, tidak henti berterima kasih atas budi pelakon Datuk Rosyam Nor, terus membantunya termasuk menghadiahkan sebuah kerusi roda baru-baru ini.

    Mak Jah atau nama sebenarnya Maimunah Ahmad sangat tersentuh sehingga gagal menahan sebak sewaktu pihak Rosyam datang ke rumahnya, baru-baru ini.

    “Sebelum itu, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada datuk. Tak terbalas budi baik datuk. Ya Allah ya Tuhanku. Saya tak terkatalah, rasanya ini (kerusi roda) mahal sangat.

    “Bagi saya memang tak termampu. Dengan datuk bagi bulanan lagi. Saya mohon sentiasa pada Allah supaya rezeki datuk berkat dunia akhirat,” katanya sambil mengesat air mata.

    Dalam pada itu, pihak Rosyam juga meminta semua agar mendoakan kesejahteraan Mak Jah yang baru sahaja menjalani pembedahan matanya.

    “Kami berbesar hati ingin menghadiahkan sebuah kerusi roda elektrik kepadanya supaya dapat menjalani kehidupan seharian. Jom kita sama-sama mendoakan kesihatan Mak Jah,” berikut kenyataannya di Instagram.

    Untuk rekod, pelakon veteren itu menjalani pembedahan mata sebelah kanan yang sudah tidak nampak dan menjalani rawatan berkala di hospital dan klinik.

    ALSO READ:  ‘Allah Pilih Kieda Dengan Amy Untuk Lalui Fasa Ujian Yang Tak Semua Orang Boleh Hadapi’

    Pada 2016, Mak Jah pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menghidap kanser rahim tahap pertama namun disahkan bebas daripada penyakit itu pada April 2019.

    Sudah empat tahun pelakon filem Mami Jarum Junior terbabit tidak aktif dalam bidang seni.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts