Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSanggup Bersujud, Abang Tesla Rayu Netizen Hentikan Kecaman Terhadap Isteri-Isterinya

    Sanggup Bersujud, Abang Tesla Rayu Netizen Hentikan Kecaman Terhadap Isteri-Isterinya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pempengaruh media sosial terkenal, Abang Tesla, atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry, 29, baru-baru ini meluahkan perasaan tidak tahan melihat kedua-dua isterinya menjadi mangsa serangan netizen.

    Beliau mengakui sanggup melakukan apa sahaja, termasuk bersujud memohon maaf, demi mengelakkan insan-insan tersayangnya daripada terus dikecam.

    Dalam satu hantaran menerusi Insta Story, Abang Tesla merayu agar orang ramai menghentikan serangan terhadap isteri-isterinya dan sebaliknya hanya menumpukan kemarahan mereka kepadanya.

    “Saya merayu untuk serang saya sahaja. Kalau nak serang, melemparkan kata-kata kesat, boleh lemparkan pada saya sahaja,” katanya dengan penuh emosi.

    Beliau turut menegaskan bahawa dirinya rela melakukan apa sahaja demi memastikan isteri-isterinya, Nurmajdina Jamari dan Nursyafiqa Mohd. Hanafi, tidak lagi diganggu, terutamanya dari segi kesihatan mental.

    “Saya sanggup bersujud untuk minta maaf kalau saya menyakitkan hati kalian. Saya sanggup buat apa sahaja, janji korang tak ganggu mental mereka berdua,” tambahnya lagi.

    Kontroversi yang melibatkan pasangan berpoligami ini mula tercetus apabila Nurmajdina, isteri pertama Abang Tesla, mendakwa telah dihina oleh keluarga seseorang sebagai wanita mandul.

    Pendedahan ini menarik perhatian netizen yang kemudian mengaitkan kenyataan tersebut dengan isteri kedua, Nursyafiqa, yang sedang dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak.

    Nurmajdina turut menyatakan bahawa tuduhan tidak berasas tersebut telah lama dia pendamkan, tetapi akhirnya terpaksa bersuara apabila ianya mula mengganggu proses rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) yang sedang dijalaninya.

    Luahan tersebut menyebabkan Nursyafiqa menjadi sasaran kecaman netizen yang tidak puas hati dengan situasi yang berlaku.

    Abang Tesla bagaimanapun tetap memohon kepada orang ramai agar menyebarkan kata-kata positif dan sokongan kepada kedua-dua isterinya, terutama sekali kepada Nurmajdina yang sedang menghadapi cabaran dalam proses rawatan kesuburannya.

    “Isteri kedua saya sedang berpantang dan teruskan juga kata-kata positif kepada Kak Maj (isteri pertama),” katanya, merujuk kepada Nurmajdina dengan nama manja.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts