Ramai yang tahu bahawa penyelidik telah mencipta teknik baharu yang membenarkan pasangan untuk memilih jantina anak semasa rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).
Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat (AS) telah meningkatkan peluang sehingga 80 peratus untuk hamil dengan bayi lelaki atau perempuan melalui pemilihan sperma.
Ini kerana memiliki anak merupakan impian setiap pasangan suami isteri untuk menceriakan kehidupan keluarga mereka.
Bahkan, terdapat pasangan yang memilih jantina bayi berdasarkan faktor-faktor seperti budaya, agama, dan kesihatan. Semua ini menjadi mungkin dengan pesatnya perkembangan teknologi.
Baru-baru ini, pelakon terkenal, Fasha Sandha berhasrat untuk menjalani rawatan kesuburan in vitro fertilisation (IVF) tahun depan dalam usaha mendapatkan seorang anak lelaki.
Fasha, atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, menyatakan bahawa dia dan suaminya, pelakon Aidil Aziz, berharap untuk mendapat seorang anak lelaki kerana mereka sudah mempunyai seorang anak perempuan, Aisha Amaira, 4.
“Kalau ikut perancangan, kami memang ingin memiliki anak lelaki, jika diberi rezeki. Tetapi, itu semua bergantung kepada kehendak Tuhan. Kita hanya merancang, jika ada rezeki, insya-Allah.
“Untuk masa ini, kami belum berjumpa dengan doktor pakar. Semuanya perlu menunggu sehingga sesi penggambaran selesai untuk mendapatkan nasihat,” katanya.
Aidil pula menyatakan bahawa isterinya perlu memperlahankan aktiviti karier seni jika mahu menjalani rawatan IVF.
“Terutamanya untuk trimester pertama, perlu menjaga dengan baik dan perlu perlahankan segala aktiviti,” katanya.