Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSanggup Terima Apa Sahaja Kecaman, Ubai Akui Sudah Bersedia Mental Selepas Bergelar...

    Sanggup Terima Apa Sahaja Kecaman, Ubai Akui Sudah Bersedia Mental Selepas Bergelar Suami Shila Amzah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Cabaran lepas kahwin, hidup berdua banyak bezanya! Perangai kita sendiri dulu tak keluar pun akan keluar. Melayari kehidupan sebagai suami isteri sememangnya banyak cabaran.

    Berbahas soal ini, pempengaruh media sosial, Ubai Mz memaklumkan sudah bersedia dengan mental yang kuat untuk menghadapi apa saja dakwaan yang timbul selepas bergelar suami kepada penyanyi, Shila Amzah.

    Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli dihubungi berkata, dia tidak boleh menutup mulut orang untuk berhenti bercakap apa saja yang mereka mahu.

    “Apa yang saya tahu, saya mengahwini Nurshahila. Saya tak kahwin dengan Shila Amzah. Bagi saya, Shila Amzah adalah orang lain, orang yang berbeza.

    “Jadi, dari segi orang cakap kewangan ke apa, yang itu (pendapatan) memang saya pun ada kerja saya. Sha (Shila) dengan kerja dia. Kami dua-dua bekerja.

    “Bukannya, saya hanya macam menumpang dia ke, tak ada pun. Saya tak ada nak tumpang ke apa, kami memang sama-sama. Untuk persiapan perkahwinan ini pun, kami bekerjasama buat semuanya.

    “Banyak persepsi orang bila kahwin dengan selebriti, lagi-lagi bila kita pula tak dikenali seperti mana pasangan, jadi banyaklah kata-kata yang kurang enak. Tapi, benda-benda itu saya tak endahkan. Sebabnya, dalam perhubungan ini, saya dan Sha. Kami pun memang tiada apa-apa masalah,” katanya.

    Terdahulu, Ubai dan Shila selamat mengikat pertunangan pada 27 Mei lalu dalam satu majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga, saudara rapat dan kenalan masing-masing.

    Pasangan ini bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 5 Ogos ini di Ampang, meskipun Ubai baru kehilangan ibu tercinta, Allahyarham Rohani Jamal, 52, pada petang Ahad lalu akibat penyakit kanser ovari.

    ALSO READ:  Tanah Kubur Masih Merah, Adik Beradik Tuntut Harta Sejurus Arwah Ayah Meninggal Dunia – ‘Rumah Ini Kena Faraid’

    Ubai dan Shila mula menjalin hubungan rapat sejak tahun lalu. Namun, mereka mengaku bercinta pada Februari lalu menerusi penjelasan dibuat dalam sesi siaran langsung di TikTok.

    Shila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada 2018 tetapi bercerai tahun lalu. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais, 4.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts