Disebabkan sifat berani dalam bersuara dan tegas dalam membela kemerdekaan Palestin; Bella Hadid didakwa telah dilamar oleh salah seorang putera Qatar yang kaya-raya.
Tetapi menurut akaun Globe Eye News di platform X, lamaran putera Qatar tersebut telah ditolak oleh supermodel terkenal ini.
Model Amerika Bella Hadid menolak tawaran perkahwinan daripada salah seorang Putera Qatar terkaya.
Bella berkata kepada Putera, “Sumbangkan separuh kekayaan anda kepada Palestin, dan baru saya akan sedia memberikan perhatian saya kepada anda,” menurut desas-desus. pic.twitter.com/dMwsQqdFJH
— Globe Eye News (@GlobeEyeNews) December 31, 2023
Malah Bella Hadid turut menyatakan satu syarat khas untuk putera Qatar tersebut sekiranya masih lagi berniat mahu melamarnya selepas ditolak. Syarat Bella Hadid adalah supermodel ini meminta putera Qatar untuk mendermakan separuh hartanya pada rakyat Palestin.
“Sumbangkan separuh daripada kekayaan anda kepada Palestin, dan kemudian saya akan bersedia untuk memberikan kamu perhatian saya.”
Dengan tegasnya, Bella menyatakan dia akan menerima lamaran dan cinta putera Qatar itu jika putera raja itu sanggup memberikan separuh hartanya kepada rakyat Palestin.