Pelakon Sarah Hildebrand kembali mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik foto dengan seorang jejaka mat salih di akaun Instagramnya.
Foto cincin
Lebih mencuri tumpuan, Sarah turut memuat naik foto cincin di jari. Menerusi posting tersebut, Sarah didakwa sudah kembali bergelar isteri.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen mengucapkan tahniah buat Sarah. Bukan itu sahaja, mereka turut mendoakan yang terbaik buat pelakon filem Muluk Dan Konco: Hero Malaya itu.
Terdahulu, pemilik nama lengkap Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand menyatakan dia sudah bermigrasi ke Amerika Syarikat bagi memulakan kehidupan baru.
Di samping itu, Sarah membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan persaraanya daripada industri seni.