Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSarah Suhairi Selamat Bergelar Isteri, Tampil Titip Ucapan Istimewa!

    Sarah Suhairi Selamat Bergelar Isteri, Tampil Titip Ucapan Istimewa!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi, Sarah Suhairi berkongsi khabar gembira apabila dia telah sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya yang bergelar pensyarah, Aswad Mohd. Anuar, dalam satu majlis pernikahan, di sini pagi tadi.

    Khabar gembira tersebut dikongsi sendiri oleh Sarah menerusi hantaran di Instagram, yang turut menitipkan ucapan istimewa buat semua pihak termasuklah peminat yang menyokongnya dalam dunia seni.

    “Sukacita Sarah ingin mengumumkan kami telah pun selamat diijab kabul sebagai suami isteri yang sah. Terlebih dahulu terima kasih kepada ibunda dan ayahanda tercinta yang selama ini mencurahkan kasih sayang dan sokongan kepada Sarah.

    Untuk keluarga baru Sarah, terima kasih kerana menerima kehadiran Sarah dengan tangan yang terbuka dan penuh kehangatan.

    Buat semua peminat yang Sarah hargai dan kasihi, terima kasih menjadi suara dan juga ibarat keluarga Sarah dalam menyusuri dunia seni.”-titip Sarah di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by Sarah Suhairi (@sarahsuhairi)

    Dibanjiri Ucapan Rakan Selebriti

    via IG Thalia. Atelier

    Hantaran Sarah dibanjiri dengan komen rakan selebriti seperti Sean Lee, Ahmad Fedtri Yahya, Nabila Razali, Naim Daniel, Shiha Zikir, Nana Sheme dan ramai lagi dilihat memberikan ucapan tahniah selain mendoakan agar perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah.

    “Welcome to the club.”-Sean Lee

    “Tahniah Puan Sarah dan suami. Semoga setia akhir hayat dalam kebahagiaan nyawa dan raga. 🌹.”-Ahmad Fedtri Yahya

    “Congratulations Sarahhhh & Aswad ❤️❤️❤️ till jannahh ☁️.”-Nabila Razali

    “Confirm settle 💫.”-Naim Daniel

    “Tahniah Sarah & suami 😍.”-Shiha Zikir



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts