Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, October 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSarah Yasmine Dakwa Keluarga Aliff Aziz Tiada Di Kuala Lumpur Ketika Kes...

    Sarah Yasmine Dakwa Keluarga Aliff Aziz Tiada Di Kuala Lumpur Ketika Kes Khalwat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pempengaruh media sosial, Sarah Yasmine membuka mulut berhubung isu penukaran penjamin kepada penyanyi, Aliff Aziz bagi kes khalwat bersama aktres, Ruhainies.

    Keluarga Aliff tiada di KL?

    Menerusi ruangan komen di portal , seorang individu mempersoalkan mengapa adik lelaki Ruhainies iaitu Muhammad Nur Aiman Zainul Ilyas yang menjadi penjamin Aliff dan bukannya adik beradik kandung aktor itu.

    Menjawab pertanyaan tersebut, Sarah mendakwa perkara itu adalah disebabkan adik beradik Aliff tiada di Malaysia ketika kejadian khalwat berlaku. Oleh hal demikian, Nur Aiman membuat keputusan untuk bertindak sebagai penjamin Aliff.

    Sementara, menurut peguam yang mewakili Aliff dan Ruhainies iaitu Muhammad Amirul Ashraf A. Ghani berkata penukaran tersebut berlaku kerana penjamin tidak boleh memberi sepenuh komitmen atas urusan kerja.

    Terdahulu, Aliff dan Ruhainies dilihat berada di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 20 Jun lalu berkemungkinan berikutan kes khalwat yang berlaku 9 Mac lalu.

    Menurut sumber, Aliff dan Ruhainies juga telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.

    Pada prosiding 3 Julai, Aliff dan Ruhainies kemudiannya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkhalwat dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz pada 3 Julai lalu.

    Aliff dan Ruhainies didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah
    Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama dan sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dihukum denda maksimum sebanyak RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

    Sebelumnya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan siasatan kes khalwat membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies telah selesai.

    ALSO READ:  TikTok Awards Kini Kembali! Siapakah ‘Creator of the Year’ Pilihan Anda?

    Mohd Ajib berkata kertas siasatan tersebut telah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan lanjut.

    Imbas kembali, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

    Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,218FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts