Susulan kenyataan pelakon Meerqeen, wanita yang mendakwa kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine tampil menjelaskan dirinya bukan seorang peminat.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Meerqeen Tak Melatah Jawab Pasal Sarah Yasmine, Sekadar Kenal Sebagai Peminat – ‘Dia Bukan Kawan’
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Kenalan Dengan Sarah Yasmine’ – Anna Jobling
Bukan peminat Meerqeen
Menerusi hantaran di Instagram, Sarah pernah terpikat dengan ketampanan wajah Meerqeen namun tidak pernah meminatinya.
Menurutnya, dia tidak suka dengan sikap Meerqeen yang seakan narsistik atau mengagumi diri sendiri secara berlebihan.
Saya tak pernah minat Meerqeen. 2019 di TikTok? Mungkin sebab dia berwajah tampan tapi selepas video pada tahun 2019 itu, saya tak pernah bercakap dengan dia sampai lah Ogos 2022, saya bukan peminat dia.
Saya tak pernah suka dia sejak dia ada perangai ‘sebab saya Meerqeen’ jadi apa yang dia nyatakan dah dapat jangka.
Dalam pada itu, Sarah memberitahu hubungan rapat dengan aktres, Anna Jobling juga mempunyai kaitan dengan Meerqeen.
Dan ada sebab kenapa saya dan Anna Jobling jadi kawan walaupun tak selalu berjumpa. Itu saja tentang dia ni.