Sebelum ini, seorang wanita memuat naik tangkapan skrin layar memaparkan perbualan ‘nakal’ antara gadis berumur 18 tahun dengan pelakon Amir Ahnaf.
Berhenti spill tea
Terbaharu, wanita asal Singapura yang dikenali sebagai Sarah Yasmine tampil bersuara selepas didakwa namanya turut dipetik dalam isu tersebut.
Sarah menasihati wanita terbabit untuk berhenti mendedahkan perbualannya dengan Amir di media sosial kerana perkara itu akan mendatangkan aib kedua-dua pihak.
Malah, Sarah juga menasihati wanita tersebut untuk menyelesaikan masalah antara mereka berdua secara tertutup.
Selain itu, Sarah juga berkata dia mengenali Amir seorang lelaki yang baik.