Tindakan Sarah Yasmine melakukan video parodi mengenai pelakon Ruhainies ketika ditemu bual oleh media telah menyorot perhatian wargamaya.
Parodi Ruhainies nangis
Menerusi hantaran di Instagram, Sarah didakwa seakan memerli Ruhainies berhubung jawapan aktres itu yang mengatakan dia tidak pandai berlakon dan menangis di hadapan kamera.
Sarah juga memuat naik sebuah video lama Ruhainies ketika ditemu bual bersama Melodi yang memperlihatkan aktres itu mengalirkan air mata ketika diminta mengulas mengenai kes khalwat bersama aktor Aliff Aziz.
Tidak hanya itu, Sarah juga meletakkan kapsyen ‘hang memang fk (f**k)’ yang didakwa ditujukan kepada Ruhainies.
Terdahulu, menerusi temu bual bersama media, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, mengakui tidak pandai berlakon dan enggan menitiskan air mata di hadapan kamera semata hendak menunjuk-nunjuk.
Kenyataan tersebut dibuat Ruhainies susulan ramai netizen yang mempersoalkan dirinya tersenyum dan kelihatan ceria ketika hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Kuala Lumpur pada Rabu bagi prosiding kes ditangkap khalwat bersama aktor Aliff Aziz.