Wanita yang dikaitkan dengan pelakon Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine dilihat masih lagi aktif mendedahkan tentang skandal aktor tersebut di media sosial.
Guna short form Ruhainies & Aliff
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Sarah mendedahkan pelakon, Nur Risteena Munim dan adiknya, Asha Zainul memuat naik gambar mereka beserta short form tular yang digunakan Ruhainies ketika bermesej dengan Aliff di WhatsApp.
Tak tahu malu betul. Screenshot post ini, jadi Ruhainies takkan boleh cakap IG dia kena hack. IG Story si Asha tu pula ‘M U S M’.
Korang dua kalau nak buat begini, jangan aku pula kasi screenshots hari kes khalwat tu.
Satu family si NRF ni memang tak tahu malu ke?
Bagaimanapun tinjauan mendapati Risteena telah memadam hantaran tersebut manakala hantaran Asha pula masih ada di IG Story.
Sebelum ini, Ruhainies memohon maaf kepada Bella Astillah dan Sarah selain menyatakan hasrat untuk bersua muka dengan mereka bagi menjernihkan kemelut yang berlaku.
Terdahulu, Sarah menyatakan dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan Ruhaines.
Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan isterinya Bella Astillah. Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.
Dalam pada itu, beberapa nama artis lain turut didakwa terpalit dengan pendedahan tersebut termasuk Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen dan Anna Jobling.