Wanita yang sebelum ini mengaku kekasih gelap kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menyatakan dirinya lebih suka menetap di Malaysia berbanding negara asalnya, Singapura.
‘Malaysia besar’
Menurut Sarah, Malaysia memiliki banyak lokasi menarik yang boleh dikunjungi dan diterokai.
Untuk sekarang ini saya lebih memilih Malaysia. Kerana Malaysia besar dan banyak lokasi best yang saya boleh terokai.
Sarah berkongsi mengenai perkara itu menerusi sepotong video di TikTok selepas diajukan soalan ‘do you prefer Malaysia or Singapore’ oleh seorang pencipta konten.
Menerusi video sama, Sarah turut memberitahu pilihan makanan di Malaysia lebih menarik perhatiannya berbanding di Singapura.
Sementara itu, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas terhibur melihat reaksi spontan Sarah.
Sokong kata Sarah, Malaysia best sebab banyak makanan sedap – @irleesya
Hahaha betul, tak dinafikan Malaysian’s food best – @mylady
Yeah, Malaysia food so good! – @zzz
Video
@hafiythedude yall heard it first, @sarahyasminekh ? original sound – Hafiy The Dude