Selepas lama berdiam diri, pelakon sensasi Ruhainies akhirnya bersuara berhubung konflik yang sedang hangat diperkatakan membabitkan dirinya dengan aktres Bella Astillah.
Lebih mencuri tumpuan, Ruhainies dengan rendah diri memohon maaf kepada Bella dan Sarah Yasmine. Bahkan, dia bersedia untuk bersua muka bagi menjernihkan segala masalah yang berlaku antara mereka.
Tak mahu bercakap dengan kamu
Terbaru, Sarah berkongsi dua tangkap layar di Instagram Story miliknya. Tangkap layar tersebut menunjukkan dia menerima kiriman Whatsapp dan DM daripada pihak Ruhainies.
Ujar Sarah, dia tidak mahu bercakap dengan aktres tersebut selepas apa yang berlaku. Tambah Sarah, sebelum ini dia sudah memberi peluang kepada Ruhainies untuk bersikap jujur namun, wanita itu didakwa tidak menggunakan peluang tersebut dengan sebaiknya.
Di samping itu, Sarah telah ‘block’ dan menegaskan bahawa dia tidak menerima permohonan maaf secara terbuka yang dibuat Ruhainies, awal pagi Jumaat.