Sebut sahaja nama Che Puan Sarimah Ibrahim, pasti ramai yang terbayang seorang pelakon yang jelita, menawan dan berbakat. Sarimah Ibrahim bukan sahaja pandai berlakon, dia juga merupakan seorang penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Kini Kau Tiasa’ suatu ketika dahulu.
Selain itu, walaupun kini Sarimah Ibrahim telah memasuki usia 40-an, namun kecantikkannya semakin terserlah dan ramai yang terpesona melihatnya menjaga penampilannya sehingga ke hari ini.
Cantik Walaupun Tidak Pakai Makeup, Macam Vampire!
Baru-baru ini, di laman media sosial milik Sarimah Ibrahim, dia memuatnaik dua keping gambar yang meraih perhatian ramai. Gambar tersebut meraih jumlah tanda suka sebanyak 2 ribu.
Di dalam gambar tersebut, memaparkan Sarimah Ibrahim memaparkan wajahnya tanpa sebarang alat solek namun masih kekal menawan dan cantik.
“A no makeup no filter post kinda day. Shot in my little makeshift home studio corner”-kata Sarimah Ibrahim
Rata-rata netizen teruja apabila melihat gambar Sarimah Ibrahim tanpa sebarang alat solek itu. Kata mereka Sarimah Ibrahim sememangnya cantik luar dan dalam tidak kiralah sama ada memakai alat solek ataupun tidak.
Apa-apa pun, Sarimah Ibrahim memang seorang yang cantik. Mana kan tidak kerana dia mempunyai darah campuran Malaysia dan Irish. Selain itu, Sarimah juga mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi menjaga kesihatan tubuh badannya itu.
Apa kata anda?
Credit: Selebriti – Murai MY