Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSarimah Ibrahim Nasihat Janna Nick Jangan Berhenti Berusaha Dapatkan Zuriat – ‘Saya...

    Sarimah Ibrahim Nasihat Janna Nick Jangan Berhenti Berusaha Dapatkan Zuriat – ‘Saya Umur 41 Tahun Melahirkan Anak’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Che Puan Sarimah IbrahimChe Puan Sarimah Ibrahim

    Perkongsian video memaparkan pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann yang terkesan dengan komen negatif netizen mengenai zuriat turut menarik perhatian aktres, Che Puan Sarimah Ibrahim.

    ‘Allah Maha Mengetahui’

    Che Puan Sarimah IbrahimChe Puan Sarimah Ibrahim

    Menerusi komen yang ditinggalkan pada video berkenaan, Sarimah mendoakan pasangan itu dikurniakan cahaya mata dan percaya Allah sebaik perancang.

    Babygirl, Allah Maha Mengetahui dan bayi anda tahu bila waktu yang tepat untuk anda berdua.

    Kita selalu doakan akan berlaku untuk anda berdua kerana ia benar-benar satu keajaiban yang ramai orang tidak menghargai.

    Semoga Allah meringankan beban di hatimu dan semoga mereka-mereka yang menulis dan memberi kata-kata kurang ajar serta negatif itu terus hilang daripada hidupmu.

    Bersalin diusia 41

    Che Puan Sarimah IbrahimChe Puan Sarimah Ibrahim

    Menganggap perjalanan Janna untuk bergelar seorang ibu adalah unik, Sarimah berkata, dia juga tidak menyangka dikurniakan zuriat iaitu Yang Mulia Tunku Sofia Najihah ketika berusia 41 tahun.

    Awak adalah seorang yang unik dan perjalanan yang anda lalui untuk menjadi seorang ibu adalah unik untuk anda.

    Jangan pernah putus asa, saya berumur 41 tahun ketika melahirkan anak saya bernama Sofia dan benar-benar berfikir mungkin ia tidak sepatutnya berlaku.

    Bersabarlah teruskan usaha ini dan utamakan kesihatan mental dan emosi anda.

    Sebelum ini, Janna menyifatkan komen yang diberikan seorang individu yang menuduhnya tidak boleh mengandung kerana Dini mempunyai hormon wanita lebih adalah sebagai kurang ajar.

    Hos program Famili Duo itu juga berkata, dia dan suami sudah berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan cahaya mata sulung.

    Sekadar info, Janna dan Dini selamat mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Keunikan Ujian Manusia: Setiap Manusia Tidak Terlepas dari Kesalahan
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts