Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSarungkan Jumpsuit Denim Ala Selebriti Hollywood, Ini Pilihan Gaya Terbaik Miss Murai

    Sarungkan Jumpsuit Denim Ala Selebriti Hollywood, Ini Pilihan Gaya Terbaik Miss Murai

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Percayalah, tak semua orang berani nak gayakan jumpsuit. Ini kerana ada yang rasakan jumpsuit tak sesuai dengan bentuk badannya, tak tahu nak padankan dengan apa atau pun tiada masa yang sesuai nak gayakannya.

    Foto – Yahoo / X

    Bella Hadid 

    Tiru semula gaya Bella Hadid dengan mengenakan jumpsuit yang mempunyai zip di bahagian hadapan. Gayakan secara separa berzip atau sepenuhnya bergantung pada pilihan gaya kamu. Jangan lupa lengkapkan gaya tersebut dengan sepasang but hitam dan beg tangan dalam rona yang sama.

    Foto – Vogue / Pinterest

    Kaia Gerber

    Lebih kasual, gaya Kaia Gerber ini sesuai jika kamu mahukan stail yang cool! Ikat bahagian pinggang dengan tali jumpsuit atau tali pinggang untuk berikan bentuk pada badan, kemudian padankan bersama sepasang kaca mata dan beg bahu.

    Foto – Daily Mail

    Ellie Goulding 

    Paling lain daripada yang lain, jumpsuit Ellie Goulding ini sangat menarik perhatian! Mengandungi corak cucian asid yang bersaiz besar, kamu boleh gayakan wide leg strap jumpsuit ini dengan pakaian dalam yang lain warnanya untuk tonjolkan gaya kamu dalam khalayak ramai.

    Foto – Daily Star / Yahoo

    Amanda Holden 

    Akhir sekali, gaya Amanda Holden ini sangat sesuai untuk mereka yang mahukan gaya seksi dan elegan dalam satu masa yang sama. Jumpsuit ketat tanpa lengan ini sesuai dipadankan bersama kasut tinggi seperti kitten heels, beg tangan seperti box clutch atau belt bag dan sepasang kaca mata.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts