Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSasha Abdul Aziz Kongsi Tips Perkahwinan Bahagia, Wajib Keluar ‘Dating’ Berdua –...

    Sasha Abdul Aziz Kongsi Tips Perkahwinan Bahagia, Wajib Keluar ‘Dating’ Berdua – ‘Kita Perlu Sentiasa Berkomunikasi’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz berkongsi tips untuk mengekalkan hubungan suami isteri yang sudah lama berkahwin.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Sasha Abdul Aziz Dikecam Buat Rawatan Tanam Benang Pada Wajah, Kos Cecah RM8k

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Sasha Abdul Aziz Kongsi Perjalanan Bimbing Suami Mualaf – ‘Empat Tahun Menunggu Untuk Hati Dia Terbuka’

    Masih keluar ‘dating’ berdua

    Menerusi hantaran di Instagram, Sasha berkata, dia jarang berasa bosan dengan suami meskipun sudah lima tahun bersama.

    Tips nak hangatkan perkahwinan lagi-lagi kalau dah kahwin lama. Saya selalu dapat dm randomly daripada pengikut saya yang bertanya macam mana tak nak rasa bosan dengan pasangan? Macam mana nak hangatkan kembali perkahwinan?

    Secara jujurnya saya dengan suami baru lima tahu dalam perkahwinan tapi jarang nak rasa bosan.

    Menurutnya, dia dan suami masih meluangkan masa keluar ‘dating’ berdua dan tidak menyimpan rahsia antara satu sama lain.

    Malah, Sasha juga memberi ruang kepada suaminya untuk mempunyai masa bersendirian dan keluar bersama rakan-rakan.

    Kami selalu ada keluar date malam kalau kami ada masa lapang (tanpa anak). Kami selalu bercerita semua perkara antara satu sama lain walaupun hal-hal kecil pun kami akan kongsi.

    Saya biarkan suami saya ada masa buat dirinya dan kawan-kawan (boys night out) tak kisah lah dia nak lepak mamak ke, nak pergi jalan-jalan ke, nak dengar muzik ke tapi saya tak ikut. Berikan mereka ruang bersendiri.

    Saya rasa dalam perkahwinan kita perlu terbuka dengan satu sama lain, sentiasa berkomunikasi dan keluar date sangat penting! Tak kisah lah date malam ke, makan tengahari ke, janji date hanya awak dan suami awak.

    Untuk rekod, Sasha mendirikan rumah tangga bersama Daily Doseof Liu yang dipercayai berasal dari Australia.

    ALSO READ:  BCL: 'Kedua-Dua Lelaki Ini Sentiasa Memastikan Saya Adalah Wanita Paling Bahagia' - Video

    Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Isabella Liu dan Rose Liu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts