Pelawak dan pelakon popular, Sathiya memaklumkan dirinya beransur pulih selepas diserang angin ahmar pada 16 Julai lalu.
Diserang ‘mild stroke’
Ketika ditemui , pemilik nama Sathia Periasamy ini berkata, dia bersyukur kerana masih boleh bekerja seperti biasa.
Saya okey dan sihat, belum mati lagi. Cuma mengalami serangan angin ahmar ringan saja. Kalau nak cakap pasal sakit itu, memang sakit tapi sikit sajalah pada saya.
Kaki dan tangan kanan saya mengalami serangan angin ahmar ringan, tapi semuanya berada dalam keadaan baik. Saya masih bergerak seperti biasa, cuma agak terbatas.
Sejak dibenarkan pulang ke rumah saya belum boleh memandu kereta lagi sebab kaki kanan belum kuat sepenuhnya.
Cuma jangan risau saya baik-baik saja dan sudah boleh meneruskan aktiviti kerja seperti biasa.
Ketika ditanya mengenai kejadian, Sathiya berkata dia diserang angin ahmar sewaktu sedang menikmati sarapan bersama isterinya.
Tambah pelakon sitkom ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ itu lagi, dia juga perlu kerap melakukan pemeriksaan kesihatan atas nasihat doktor.
Waktu kejadian, saya dan isteri tengah menikmati sarapan tiba-tiba saya rasa macam seperti ‘cramp’ di bahagian kaki. Selepas itu terus saya pergi ke hospital.
Kena buat ‘follow up’ dan doktor ada berikan ubat untuk saya. Ini kali pertama saya kena, harap juga yang terakhirlah.
Doktor nasihat untuk saya duduk rumah, banyakkan rehat, makan dan tidur. Itu sahaja. Tak ada pantang larang, semua boleh makan.
Dalam pada itu, pelakon berusia 62 tahun menyatakan dia tidak mahu membebankan mana-mana pihak meskipun diuji dengan kesakitan ini.
Saya tidak harapkan duit sesiapa. Saya ada duit simpanan sikit untuk meneruskan hidup.
Duit banyak mana pun, tetap tiada gunanya. Selagi masih ada kudrat untuk bekerja, saya akan teruskan.
Anak-anak pun sudah besar dan berkeluarga. Saya kini hanya perlu kerja untuk menyara isteri saya..
Terdahulu anak sulung kepasa Satha iaitu Vickynesawwry Nayar memaklumkan bapanya itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas rawatan segera di sebuah klinik mendapati tekanan darahnya rendah dipercayai berpunca daripada serangan berkenaan.