Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Ada Ayah Tapi Macam Tak Ada, Dia Hina & Mengata Saya...

    ‘Saya Ada Ayah Tapi Macam Tak Ada, Dia Hina & Mengata Saya Di Media Sosial’ – Zara Zya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin mengakui tidak menjalinkan hubungan yang baik bersama bapa kandungnya.

    ‘Jangan tanya mana, siapa ayah saya’

    Menerusi perkongsian di Thread, pelakon yang berusia 38 tahun itu mendedahkan bapanya tergamak melemparkan hinaan dan cacian kepadanya.

    Tolong jangan buli dan suka cakap saya bukan-bukan. Saya ada ayah tapi ‘tak ada’. Ayah saya? Sudah berapa banyak akaun palsu dia yang saya sekat.

    Hina, mengata saya di media sosial. Itu atas talian, secara ‘offline’? Semestinya lebih rancak. Jadi jangan tanya mana ayah saya, siapa ayah saya.

    Sementara itu, Zara memaklumkan bahawa dia telah mengumpul dan menyimpan semua bukti untuk digunakan sekiranya perlu.

    Bercerita dengan lebih lanjut, Zara memaklumkan hubungannya dengan rakan sudah tidak seakrab dahulu dan masing-masing mula menjauhkan diri.

    Saya ini jujur, tak fake. Orang tak suka berkawan dengan saya sebab diri ini membosankan. Jangan tanya mana kawan-kawan saya.

    Saya tak ada kawan dan kalau dulu ada yang rapat, sekarang tidak lagi. Semua pun sudah ada haluan sendiri. Makin menyepi.

    Dalam pada itu, Zara mendedahkan dirinya kini sedang berjuang dengan penyakit ‘misteri’.

    Saya berjuang dengan penyakit misteri, saya juga berjuang dengan penyakit yang memerlukan rawatan hospital.

    Saya ada anxiety, saya ambivert, saya buat bisnes semua tak menjadi, saya tak ada kawan, saya juga nak berkahwin tetapi masih belum sampai waktu.

    Dalam kesempatan itu, Zara meminta jasa baik orang ramai untuk mendoakan dirinya diberi kesihatan yang berpanjangan dan dipermudahkan urusan selain diberi kekuatan dalam menghadapi ujian.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Buah Pinggang Ebby Yus Rosak, Perlu RM5k Sebulan Untuk Sewa Mesin Dialisis – ‘Tak Ada Jalan Lain Melainkan Ada Penderma’
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts