Pelakon Amelia Handerson mendedahkan hubungannya dengan aktor, Aedy Ashraf tidak lagi akrab seperti sebelum ini.
Amelia & Aedy hanya berkawan
Menurut Amelia atau nama lengkapnya, Amelia Thripura Henderson, 28, antara punca yang membuatkan hubungan mereka renggang adalah kerana kekangan masa selain masing-masing sibuk dengan kerja.
Saya tidak tahu untuk menjawab perkara ini tetapi saya dan Aedy hanya berkawan dan kami tidak rapat seperti dulu.
Mungkin kerana masa kami untuk bersama tidak sesuai dan saya rasa tidak mahu bercerita terlalu jauh tentang perkara ini.
Perkara itu dikongsikan Amelia bagi menjawab pertanyaan peminat menerusi sesi siaran langsung yang dilakukan di Instagram.
Tambah Amelia lagi, sebelum ini juga, dia dan Aedy tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung hubungan mereka kerana menghormati antara satu sama lain.
Apa-apa pun sekarang kami sudah di haluan berbeza dan tiada apa yang boleh diulas.
Adakalanya, sesuatu perkara berakhir kerana masa itu tidak bersesuaian. Sudah lama benda ini berlaku cuma kami tak keluarkan sebarang kenyataan sebab kami saling menghormati.
Dalam pada itu, Amelia menyifatkan Aedy seorang pelakon yang hebar selain mendoakan yang terbaik untuk kerjaya seni aktor itu.
Video
@imyourdaisyyy Please sentiasa jadi kawan selamanya. Kawan yang selalu support eo, ada untuk eo okayy ??? i sentiasa doakan yang baik2 untuk korang berdua ?? #aedyamelia #aedyashraf #ameliahenderson ? Sahabat Tak Akan Pergi – Betrand Peto Putra Onsu & Anneth