Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Akan Buat Video Tentang Isu Yang Bagi Informasi & Fakta’ –...

    ‘Saya Akan Buat Video Tentang Isu Yang Bagi Informasi & Fakta’ – Uyaina Arshad

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad menjawab dakwaan dirinya semakin kurang bersuara tentang isu Palestin di media sosial.

    Artikel berkaitan: ‘Secara Rasminya Akaun TikTok Saya Kena Banned’ – Uyaina Arshad

    Artikel berkaitan: Uyaina Arshad Dedah Zionis Tubuhkan ‘Skin Bank’ – ‘Mereka Ambil Kulit Tentera Palest**, Simpan Untuk Kegunaan Tentera Mereka Cedera’

    Masih lantang bersuara

    Menurutnya, dia tidak lagi aktif di TikTok disebabkan akaunnya di ‘banned’ namun dia masih lantang bersuara di platform X yang dulu dikenali sebagai Twitter.

    Katanya, dia hanya akan membuat video berdasarkan fakta serta mempunyai maklumat yang boleh dikongsikan kepada pengikutnya.

    Mungkin di Instagram ya, dekat TikTok saya langsung dah tak boleh post. Tapi saya sangat aktif di X. Dekat X saya ada post, repost, tweet tentang Palestin.

    Cuma bila orang tengok saya tak cakap pasal Palestin ke bukan sebab saya tak nak cakap. Apa-apa info yang saya bagi tu mesti ada perkara yang di ceritakan.

    Yang baru-baru ni United Nations umumkan akan berhentikan gencatan senjata semasa bulan Ramadan ini mungkin saya akan buat video tentang isu itu.

    Saya akan buat video tentang isu yang bagi informasi dan ada fakta. Jadi, selagi mana tak ada ‘update’ yang besar, ramai lagi selebriti yang bersuara.

    Kalau nak kata saya tak post langsung, tidak. Dekat X, setiap hari sebab dekat platform tu lagi laju informasi bergerak.

    Terima ugutan dari negara luar

    Sementara itu, Uyaina memberitahu dia masih menerima ugutan daripada pengguna di luar negara kerana berpihak kepada negara Palestin.

    Malah, wajahnya juga tersenarai di dalam sebuah page yang dilabel sebagai musuh Israel.

    Dekat X ada. Especially saya pakai tudung, macam-macam dia cakap kita ‘bodoh’ lah, ‘you should die’ dan banyak lagi tapi saya buat tak kisah je. Yang cakap tu semua orang luar.

    Ada satu page ‘Enemies of Israel’ dorang ada post muka saya tapi tak sampai ada breach of information. Saya pelik dengan mereka yang rasa mereka pula yang mangsa.

    Uyaina berkata demikian semasa ditemui di CSR Program WHI Kongsi di PPR Lembah Subang 2, baru-baru ini.

    ALSO READ:  ‘Saya Latih Mereka Untuk Berniaga, Sebab Saya Pun Akan Pergi Satu Hari Nanti’ – Aliff Syukri

    Sempena kempen Ramadan Raya ‘Macam Dulu-Dulu’ anjuran Media Prima Berhad tahun ini, WHI Kongsi telah dijalankan pada Rabu lalu bersama-sama hos Wanita Hari Ini iaitu Fiza Sabjahan, Fahrin Ahmad, Uyaina Arshad, Fatin Hamimah, Sugeeta Chandran dan Shahira Yaacob bagi komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) di PPR Lembah Subang 2 dalam acara ‘rewang’ yang menggamit nostalgia.

    Selain itu, terdapat juga pengagihan makanan berbuka puasa bersama Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holding Berhad, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin dan isteri kepada penduduk sekitar kawasan itu.

    Pihak Mydin mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin yang bernilai sehingga RM60 yang mengandungi barangan keperluan harian seperti beras, gula pasir, tepung gandum, minyak masak, bihun, sardin, biskut krimer kreaker, susu pekat krimer, serbuk teh, serbuk kopi dan pelitup muka.

    Turut bersama pada acara tersebut adalah Pengurus Besar Kanan, Pemasaran Kreatif & Komunikasi, Rangkaian Televisyen Media Prima iaitu Farah Shamsudin dan Pengurus Besar, Majalah, Gaya Hidup dan Bual Bicara, Rangkaian Televisyen Media Prima iaitu Wan Sabariah Shikh Ali.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts