Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Akan Tanggung Semua Kesalahan, Asalkan Semua Orang Bahagia’ – Nora Danish

    ‘Saya Akan Tanggung Semua Kesalahan, Asalkan Semua Orang Bahagia’ – Nora Danish

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon jelita, Nora Danish mengakui dirinya berasa kecewa apabila tindakan menutup mulut terhadap isu yang melibatkan dirinya ketika ini tetap menjadi bualan sehingga menimbulkan spekulasi yang tidak betul.

    ‘Saya akan tanggung semua kesalahan’

    Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif sekiranya itu adalah implikasi terhadap dirinya, dia sanggup untuk menanggung asalkan orang di sekelilingnya bahagia.

    Biar luaran (orang ramai) nampak kita yang buruk, kerana dari dulu saya bukan jenis yang suka mengaibkan orang.

    Kerana diri sendiri pun bukan sempurna.  Masalah keluarga biar saya sahaja yang telan.

    Apabila kita membuat pilihan untuk berdiam dan bertapis, terlalu banyak (pula) spekulasi timbul sampai dituduh bermacam macam.

    Tapi, Alhamdullilah I am well prepared. I will take all the blame. Asalkan semua pihak bahagia.

    Di akhir hantaran, pelakon filem ‘Polis Evo 3’ ini menitipkan ucapan terima kasih buat rakan media dan peminat yang sentiasa memberikan sokongan buatnya hingga ke hari ini.

    Dan kena aware, kita ni selebriti, nak tak nak bila diajukan soalan dan sebagai tanda hormat kepada rakan media, kita perlu berikan sepatah dua kata.

    Kerana merekalah pihak yang sentiasa sokong industri kami dari dulu hingga kini, baik mahu pun buruk.

    Begitu juga dengan supporters Nora, yang tanpa henti mendoakan. Semoga Allah membalas jasa baik kalian.

    Terdahulu Nora mengesahkan perkahwinannya dengan Nedim yang dibina sejak 2017 sedang bergolak dan tidak lagi tinggal sebumbung.

    Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.

    ALSO READ:  Ebit Lew's Mobile Phone Analysis Reveals 936 Screenshots of Browsing Pornographic Websites

    Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 namun bercerai pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal, 15.

    IG Story Nora Danish

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts