Pelakon Myra Natasya mendedahkan dia merupakan anak tidak sah taraf hasil hubungan bapanya iaitu penyampai radio, Halim Othman.
Myra dakwa anak tak sah taraf Halim Othman
Memetik laporan Mstar, Myra atau Yusmyra Natasya Abdullah mendakwa Halim dan ibunya tidak pernah berkahwin di Thailand seperti yang didakwa sebelum ini. Tambah wanita berusia 29 tahun itu lagi, selama ini dia merahsiakan perkara itu kerana mahu menjaga nama baik bapanya.
Ibu bapa saya tidak pernah berkahwin pun! Apabila saya ceburi bidang seni, saya beritahunya supaya jangan risau dan akan lindungi nama baiknya dan beritahu kepada media mereka bernikah di Thailand.
Saya terpaksa menipu ketika membuat kenyataan kepada media tetapi hakikatnya saya adalah anak tak sah taraf.
Difahamkan, sebelum ini berlakunya perselisihan faham antara dua beranak itu susulan tindakan Halim didakwa memasukkan namanya pada bahagian maklumat bapa tiga tahun lalu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tanpa kebenaran Myra.
Sebelum ini saya selalu merayu kepadanya untuk memberitahu saya adalah anaknya. Pada 2019, selepas saya mula menceburi bidang hiburan barulah dia izinkan saya untuk dedah cerita sebenar.
Myra akui berang dengan jawapan angkuh penyampai radio itu saat ditanya berhubung tindakannya menukar sijil lahir asalnya.
Saya tak perlu minta izin awak (Myra). Tanpa gen saya, awak tidak akan wujud di dunia ini. Bersyukurlah,” kata Halim dalam mesej dihantar kepada Myra.