Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Saya Anak Yang Tidak Diinginkan”-Zainal Abidin Kongsi Dilema Dibesarkan Tanpa Orang Tua,...

    “Saya Anak Yang Tidak Diinginkan”-Zainal Abidin Kongsi Dilema Dibesarkan Tanpa Orang Tua, Terpaksa Kerja Sejak Kecil

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    kelakuan ibu bapa atau penjaga seperti menolak kewujudan anak dalam keluarga, tidak mengambil berat, mengasingkan anak dan sebagainya merupakan contoh-contoh penderaan emosi yang dilakukan dengan sengaja mahupun tanpa disedari.

    Anak-anak yang mengalami kematian ibubapa, anak-anak perceraian, anak-anak dalam perkahwinan ibu atau bapa bersama pasangan baharu mereka kerap mengalami situasi ini.

    Umum memahami bahawa walau bagaimana keadaan dan kelakuan ibu bapa, anak-anak wajib memuliakan mereka sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Luqman ayat 14 yang bermaksud:

    “Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu”.

    Akan tetapi amatlah malang apabila kedudukan ini disalah guna oleh ibu bapa dengan melakukan pelbagai penderaan terhadap anak-anak.

    Kasih sayang tanpa asas amat sukar dipaksa ke atas manusia seperti sukarnya seorang anak yang dibuang, diabai, disisih, didera sepanjang hidup mereka sehingga dewasa untuk menyayangi insan yang tidak menyayangi mereka.

    Apatah lagi dengan didikan agama yang kurang sempurna dari ibu bapa, bagaimana anak-anak ini memahami hubungan istimewa di antara anak dan ibu bapa sebagaimana yang dituntut dalam agama.

     “Tiga hari selepas saya lahir, saya diberi kepada datuk dan nenek untuk dijaga. Saya anak yang tidak diinginkan.”

    Berbahas soal ini, demikian kata penyanyi Datuk Zainal Abidin sewaktu berkongsi kepayahan hidupnya sewaktu kecil apabila membesar dalam serba kekurangan.

    Ujar penyanyi berusia 65 tahun itu, menjalani kehidupan ketika zaman kanak-kanak tanpa dibesarkan oleh orang tua sendiri, menjadi antara fasa ‘hitam’ yang pernah dilaluinya sewaktu masih kecil.

    ALSO READ:  Bakat Seni Dihargai, Stacy Terharu Terima Anugerah Darjah Kinabalu

    Lebih memeritkan apabila kepayahan yang dilaluinya itu, sedikit sebanyak telah meninggalkan kesan terhadap fizikal dan mentalnya, lebih-lebih lagi selepas kematian datuk dan neneknya ketika dia berusia lapan tahun.

    “Saya jadi seorang kanak-kanak yang terkesan dari segi mental dan fizikal,” katanya.

    Tambah anak jati kelahiran Johor Bahru, Johor itu lagi, kehidupan susah yang dilalui turut menuntutnya untuk bekerja pada usia kanak-kanak apabila terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan untuk mencari rezeki.

    “Pernah juga saya bekerja sebagai buruh binaan dan menjadi tukang basuh pinggan untuk meneruskan kehidupan ketika itu,” ujarnya.

    Kata pelantun lagu Hijau itu lagi, dia terpanggil untuk berkongsi pengalaman hidupnya di hadapan kira-kira 500 penonton, termasuk dalam kalangan penuntut dari beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) bagi menyuntik semangat mereka dalam menempuhi cabaran hidup.

    “Anda semua bertuah dapat belajar di universiti, mendapat sokongan kerajaan dan paling utama, sokongan keluarga. Industri muzik ini sebenarnya boleh menjana pendapatan,” katanya.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts