Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, January 25, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Bagi Kredit Kepada Ubai Kerana Beri Banyak Pembaharuan Dalam Diri Seth’...

    ‘Saya Bagi Kredit Kepada Ubai Kerana Beri Banyak Pembaharuan Dalam Diri Seth’ – Shila Amzah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Shila AmzahShila Amzah

    Penyanyi Shila Amzah mengakui suaminya, Ubai MZ banyak membantu dalam proses pemulihan anak sulungnya, Seth Uwais yang didiagnosis dengan ‘mild autism’ tahap satu.

    Figura seorang bapa

    Shila AmzahShila Amzah

    Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 35, berkata, Ubai menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan baik sekali gus membantu perkembangan fizikal serta minda anaknya.

    Sebelum ini pernah hantar pergi terapi tetapi seperti tidak membantu. Terapi sahaja semata-mata tidak boleh.

    Rupanya, Seth perlukan figura seorang bapa yang boleh pujuk dia. Seth ini seorang ‘visual leaner’.

    Ada banyak perkara yang saya tak boleh ajar, tetapi Ubai ada cara seorang bapa ajar anak dalam masa sama menekankan sikap tegas.

    Shila berkata demikian ketika ditemui di program MeleTOP yang berlangsung di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini.

    Kredit kepada Ubai

    Memberi pujian kepada Ubai, pelantun lagu Patah Seribu itu meluahkan rasa gembira melihat perkembangan positif ditunjukkan oleh Seth.

    Saya beri kredit kepada Ubai kerana beri banyak pembaharuan dalam diri Seth. Ubai betul-betul beri apa yang Seth perlukan.

    Kehadiran bapa membuat diri anak saya berlainan. Nampak perkembangan yang baik termasuk cara Seth berkomunikasi. Saya sangat gembira.

    Para ibu bapa di luar sana patut lakukan yang terbaik semampunya jika dapati anak didiagnos ada autisme.

    Sekadar info, Seth merupakan anak hasil perkahwinan Shila dengan bekas suami Haris Edraki. Mereka berkahwin pada 2018 namun berpisah pada Februari 2022.

    Shila kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan pempengaruh, Ubai MZ pada Ogos tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei lalu.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Isteri Terkilan Suami Gaji RM15K Tapi Kedekut – ‘Kalau Nak Beli Jajan Dia Tak Kasi, Katanya Itu Nafsu’
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts