Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, January 23, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Bermimpi Memiliki Anak, Mimpi Tu Selalu Datang..Semoga Jadi Kenyataan’ – Fadlan...

    ‘Saya Bermimpi Memiliki Anak, Mimpi Tu Selalu Datang..Semoga Jadi Kenyataan’ – Fadlan Hazim

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Terlalu berharap dikurniakan zuriat, pelakon Fadlan Hazim mendedahkan dia pernah bermimpi memiliki seorang cahaya mata.

    Fadlan, isteri sedia timang cahaya mata

    Ketika ditemui , Fadlan atau nama lengkapnya Fadlan Hazim Anuwar, 33, berharap berharap agar impiannya dan isteri, Aiya Mukhamedsalova untuk dikurniakan zuriat akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.

    Saya pernah bermimpi memiliki anak. Bangun tidur, cari anak tak ada, tapi rupa-rupanya mimpi. Mimpi tentang anak tu selalu datang, harapnya jadi kenyataan.

    Tambah pelakon filem Sangkar ini lagi, dia dan isteri masih berusaha untuk menimang cahaya mata pertama mereka memandangkan usianya kini sudah mencecah 33 tahun.

    Anak seorang pun tiada lagi, umur saya lagi tujuh tahun dah masuk 40 tahun.

    InsyaAllah tahun ini, kami harap doa orang ramai. Kami masih mencuba, tak ada perancangan tahun depan ke apa, kalau boleh memang nak anak secepat mungkin.

    Fadlan berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi bagi drama yang bakal ditayangkan di TV3 sempena Ramadan Raya, yang berlangsung di Bandar Utama, pada Selasa.

    Tiada desakan keluarga soal zuriat

    Dalam pada itu, Fadlan menzahirkan rasa syukur kerana memiliki keluarga dan mentua yang sangat memahami serta tidak mendesak mereka soal zuriat,

    Alhamdulillah setakat ini tiada apa-apa desakan daripada keluarga. Dua-dua keluarga tak beri tekanan kepada kami soal zuriat.

    Keluarga isteri pun okay sahaja cuma mak dia ada tanya soal anak sebab dia dah berusia, teringin nak ada cucu. Tapi mak mentua saya tidaklah memaksa atau mendesak. Sekadar bertanya.

    Apabila ditanya mengenai emosi isterinya, Fadlan mengakui bahawa dia memahami kerisauan isterinya terhadap tanggapan orang ramai, namun selalu menasihatinya agar tidak terlalu mempedulikan kata-kata orang.

    Kalau dari segi emosi isteri, saya risau juga. Tapi saya selalu kena ingatkan dia jangan terlalu ambil peduli dengan kata-kata orang sebab setiap individu mempunyai pendapat yang berbeza.

    Fadlan berpendapat bahawa tubuh badan yang sihat bukanlah jaminan seseorang itu memiliki zuriat sebaliknya itu semua adalah takdir dan rezeki yang telah ditentukan oleh Allah.

    ALSO READ:  [VIDEO] Kieda Crepe Menangis, Netizen Dakwa Kongsi Berita Kehamilan Terlalu Awal Punca Gugur – ‘Saya Cuma Teruja’

    Sekadar info, Fadlan dan Aiya selamat mendirikan rumah tangga pada 16 Julai 2023.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts