Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Cabar Anda Untuk Buktikan Saya Yang Buat Report Pasal Abang Bas’...

    ‘Saya Cabar Anda Untuk Buktikan Saya Yang Buat Report Pasal Abang Bas’ – Diana Danielle

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon jelita, Diana Danielle hairan dengan segelintir individu yang menuduh dirinya membuat laporan mengenai kes melibatkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Abang Bas.

    Cabar netizen tunjuk bukti

    Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson menegaskan bahawa kes melibatkan Abang Bas yang didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak diarahkan sendiri oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

    Lagi satu, nak marah biar tepat. Minggu lepas saya dah keluarkan kenyataan rasmi, bukan saya yang buat laporan terhadap sesiapa.

    Laporan dan tindakan dibuat dari Kementerian Wanita & Keluarga sendiri.

    Bukan itu sahaja, Diana juga mencabar mana-mana pihak untuk mengemukakan bukti mengatakan dirinya adalah individu yang membuat laporan mengenai Abang Bas.

    Kes ini melibatkan Kerajaan Malaysia (melawan) defendan. Saya cabar anda untuk buktikan saya yang buat laporan.

    Terterakan nama saya di mana-mana laporan.

    ‘Jangan mudah melatah’

    Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini juga meminta orang ramai untuk tidak mudah melatah dan membuat tuduhan tanpa usul periksa.

    Setakat pakcik kedai kopi sembang ‘rasa’, bumi pun boleh telan matahari. Nak maki pun, cari la fakta yang betul.

    Tapi tu lah nak suruh membaca tu payah sikit lah budaya kita ini kan lagi suka baca portal yang tak sahih dan berita palsu WhatsApp.

    Saya ulang, laporan itu dari Menteri bersama dengan Kementeriannya dan bukanlah individu.

    Okay, teruskan makian anda tapi biar dari sumber yang tepat, lawak ja tengok korang emosi tapi kutip sumber dari berita palsu di Facebook, macam mana ini?

    Terdahulu, Diana Danielle telah memuat naik satu posting dengan berkongsi semula kenyataan media daripada pihak polis berhubung penahanan pemandu bas yang dipercayai membuat konten dengan pelajar-pelajar sekolah berserta kapsyen yang agak tidak sesuai.

    ALSO READ:  78% Rakyat Malaysia Tidak Rehat Secukupnya, Ini Nasihat Pakar Psikologi Klinikal

    Walau bagaimanapun, tindakan Diana itu disalah erti sehinggakan segelintir netizen mendakwa pelakon filem ‘Evolusi KL Drift’ itu merupakan individu yang membuat laporan polis terhadap Abang Bas.

    Tidak lama kemudian, pemandu itu telah didakwa di Mahkamah Muar, Johor atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan namun dibebaskan pada Selasa dengan bayaran jaminan sebanyak RM40,000.

    Rentetan itu, keluarga abang bas melahirkan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan selebriti yang didakwa mengundang syak wasangka serta kecaman terhadap mereka sebelum ini.

    Antara nama ‘dipetik’ netizen ialah Uyaina dan Diana Danielle kerana dilihat lantang bersuara mengenai isu berkenaan dalam media sosial.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts