Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Cuma Komen Di Posting Datuk Vida, Kenapa Suka Maki-Maki Orang?’ –...

    ‘Saya Cuma Komen Di Posting Datuk Vida, Kenapa Suka Maki-Maki Orang?’ – Abby Abadi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Abby Abadi bersetuju dengan usahawan, Datuk Seri Vida yang meluahkan rasa sebak dan simpati terhadap nasib yang menimpa Abang Bas.

    Sependapat dengan Vida

    Menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram (IG) Vida, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan yakin bahawa Abang Bas tidak berniat untuk melakukan perbuatan tidak bermoral terhadap kanak-kanak seperti mana yang didakwa segelintir netizen.

    Tambah Abby, dia juga berharap agar Allah SWT memudahkan segala urusan dan membantu menyelesaikan kes Abang Bas.

    Datuk Vida sependapat dengan saya, biarlah orang nak kata apa pun.

    Saya yakin Abang Bas tak berniat seperti digembar-gemburkan. Cepat sangat sesetengah pihak tu berprasangka.

    Semoga Allah bantu dia selesaikan kes ini sebaiknya.

    Komen yang ditinggalkan Abby telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapat diberikan pelakon itu.

    Walau bagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju dengan meninggalkan kata kecaman terhadap Abby.

    ‘Kenapa orang suka maki-maki?’

    Sementara itu, pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri ‘Gerak Khas’ meluahkan rasa kesal dengan segelintir netizen yang gemar mengeluarkan kata-kata kesat kepada mana-mana pihak yang tidak sependapat dengan mereka.

    Difahamkan, Abby menerima kata kecaman susulan komen yang ditinggalkan mengenai Abang Bas di ruangan komen IG Datuk Seri Vida.

    Saya cuma komen di posting Datuk Vida pun jadi berita sampai ada yang caci maki saya.

    Kenapalah orang Malaysia ini suka maki-maki orang. Tak ingat mati ke? Istighfar ya.

    Terdahulu, Datuk Seri Vida memuat naik semula video Abang Bas yang berpelukan dengan keluarga yang dibebaskan daripada tuduhan dengan jaminan RM40,000.

    Menurut Vida, dia bersimpati dengan nasib menimpa Abang Bas dan yakin pemuda itu tidak berniat untuk melakukan gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

    ALSO READ:  [VIDEO] Aina Abdul Termenung & Kelihatan Sedih?, Peminat Titip Kata-Kata Semangat Untuknya!

    Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai tindakan pemandu bas sekolah berkenaan sehingga mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

    Media kemudian melaporkan, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di Simpang Renggam, Johor pada 6 September lalu .

    Tidak lama kemudian, pemandu itu telah didakwa di Mahkamah Muar, Johor atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan namun dibebaskan pada Selasa dengan bayaran jaminan sebanyak RM40,000.

    Rentetan itu, keluarga ‘Abang Bas’ berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan selebriti yang didakwa mengundang syak wasangka serta kecaman terhadap mereka sebelum ini.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts