Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, January 11, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Curang, Mana Buktinya?’ – Zahnita Wilson

    ‘Saya Curang, Mana Buktinya?’ – Zahnita Wilson

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Zahnita menafikan dakwaan dia pernah curang ketika dalam perkahwinan bersama suaminya, Abdul Zackery.

    Siapa yang curang?

    Memetik laporan MalaysiaGazette, Zahnita berkata, dia seorang isteri yang taat sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

    Siapa yang curang sebenarnya? Saya sentiasa setia sepanjang bergelar isteri. Selama ini memang taat. Saya curang, mana buktinya? Saya keluar rumah pun hanya untuk menyelamatkan diri daripada masalah kesihatan mental serta penderaan fizikal dan emosi.

    Ujar Zahnita lagi, Zackery perlu tampil dengan bukti yang lebih kukuh sekiranya dia berlaku curang. Sebagai seorang wanita, Zahnita mengakui dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa apabila imejnya diburukkan oleh sesetengah pihak.

    Terdahulu, suami Zahnita mendakwa dirinya merupakan mangsa sebenar keganasan rumah tangga.

    Bukan itu sahaja, Zackery mendakwa tuduhan dia bersikap kasar dan memukul Zahnita sama sekali tidak benar sebaliknya dia bertindak mempertahankan diri daripada perlakuan ganas isterinya itu.

    Tambah Zackery, sepanjang 20 tahun hidup bersama, dia terpaksa bertahan dengan sikap Zahnita yang sentiasa minta untuk diceraikan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts