Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Dah Bagi Kunci Rumah, Dia Tak Nak Masuk..Dia Tak Mahu Dengar...

    ‘Saya Dah Bagi Kunci Rumah, Dia Tak Nak Masuk..Dia Tak Mahu Dengar Cakap’ – Bapa Didakwa Halau Anak Tidur Di Koridor Flat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Seorang lelaki yang didakwa mengabaikan anak lelakinya dengan membiarkannya tidur di sebuah rumah flat di Pasir Gudang mendakwa anaknya itu seorang yang tidak suka mendengar kata.

    ‘Dia tidak mahu masuk’

    Memetik laporan Malaysia Gazette, tertuduh iaitu Roslan Abas, 56, yang juga merupakan pengutip barang lusuh mendakwa anak lelakinya itu enggan masuk ke rumah meskipun sudah dibekalkan kunci.

    Saya ada bekalkan kunci, tetapi dia tidak mahu masuk. Tak mengapalah, saya faham, saya mengaku salah sahajalah.

    Bagaimanapun, Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim menolak pengakuan bersalah tertuduh selepas berpendapat ia dibuat dengan bersyarat. Hakim juga memberikan peluang kepada tertuduh untuk dibicarakan.

    Dia (mangsa) suka macam itu, tidak boleh dipukul, saya cakap tidak mahu dengar. Setiap malam saya tidur lewat, tetapi saya selalu intai ke luar, dia tiada pun di depan rumah.

    Bagi pertuduhan itu, Roslan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta yang sama.

    Tertuduh berdepan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

    Sementara Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Natasha Syed Ahmad kemudian menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta tiga syarat tambahan.

    Pendapatan saya tidak menentu, kadang-kala cecah RM1,000, kadang-kala tidak sampai. Tanggungan cuma berempat termasuk dia (mangsa anak kedua daripada dua beradik).

    Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 serta syarat tambahan tidak boleh mengganggu saksi.

    Kes ditetapkan untuk sebutan semula kes untuk lantikan peguam dan serahan dokumen pada 29 Julai ini.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  “Kualiti Pasti Akan Menandingi Kuantiti”- Muna Shahira Jadikan Bell Ngasri Inspirasi Untuk Terus Berkarya
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts