Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Dah Bagitahu Isteri, Anak Kedua Biar Saya Jaga’ – Ippo Hafiz...

    ‘Saya Dah Bagitahu Isteri, Anak Kedua Biar Saya Jaga’ – Ippo Hafiz Nafi Dakwaan Larikan Anak Bongsu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi Ippo Hafiz tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya membawa lari anak bongsu daripada pangkuan isterinya, Fara Roslan menerusi satu hantaran di Instagram Story (IG Story).

    Nafi larikan anak bongsu

    Menerusi hantaran tersebut, Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz menjelaskan kes melibatkan hak penjagaan anaknya bersama isteri masih lagi berjalan di mahkamah.

    Menurut Ippo, dia juga telah memaklumkan kepada isterinya untuk menjaga anak bongsu mereka manakala anak sulung dibawah jagaan Fara.

    Dah lama ingin saya nyatakan bahawa kes saya dan isteri masih berjalan di mahkamah dan belum ada apa-apa yang diputuskan termasuklah hak penjagaan anak-anak.

    Anak pertama pada isteri manakala anak kedua bersama dengan saya.

    Saya juga telah memberitahu isteri, buat masa ini biarlah saya jaga anak kedua.

    Penyanyi berusia 34 tahun itu sekali lagi menjelaskan bahawa dakwaan yang tular itu adalah tidak benar malah, dia juga tidak menghalang isterinya untuk berjumpa denan anak.

    Susulan itu, Ippo memaklumkan dia bertindak memberikan notis kepada mana-mana individu untuk berhenti memberikan tohmahan kepada dirinya dan meminta orang ramai memberi ruang kesnya ini diselesaikan dengan cara baik di mahkamah.

    Saya tiada halangan untuk isteri berjumpa dengan anak tapi saya dimaklumkan untuk dia mengambil anak kedua saya.

    Biarlah mahkamah yang memutuskan perkara ini dari menggunakan media sosial untuk melepaskan perasaan.

    Hal ini saya dan isteri sahaja yang tahu. Saya sehingga kini masih menjaga aib isteri dan juga keluarga, dia masih isteri saya (bukan bekas isteri).

    Tugas dia sebenar-benarnya adalah menjaga maruah suami dan saya harap anda semua menghormati dan mendoakan semuanya dipermudah.

    Terdahulu, wanita yang mendakwa dirinya kakak kepada penyanyi Ippo Hafiz yang dikenali sebagai Yazmin tampil mendakwa adiknya itu telah melarikan anak bongsunya daripada pangkuan isteri.

    ALSO READ:  Azri Iskandar Tak Jadi Kahwin, Noora Kay Dedah Tiada Keserasian – ‘Kami Putus Sejak Akhir Mei Lalu’

    Malah, Ippo juga didakwa tidak bertemu dengan anak sulungnya sewaktu hari raya pada minggu lalu.

    Sekadar info, Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

    Namun, pada 12 Mac yang lalu, Ippo hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Ampang, bagi sebutan pertama permohonan tuntutan nusyuz yang difailkan olehnya terhadap isterinya yang tidak pulang ke rumah sejak November tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts