Kemelut melibatkan pempengaruh Cik Epal bersama Dewi atau nama sebenarnya Emira Delyati Dewi binti Delyuna Sakti masih lagi berlarutan sehingga kini selepas didakwa menjadi punca keruntuhan rumah tangga Cik Epal bersama suaminya ketika itu, Jofliam.
Terkini, Dewi menerusi hantaran di Instagram telah memfailkan memorandum kehadiran untuk saman fitnah bagi pihak Cik Epal atau nama sebenarnya Nur Munirah binti Mahmood.
“Hari ini saya telah failkan memorandum kehadiran untuk saman fitnah bagi pihak Nur Munirah.
Saya ingin tegaskan ,apa yang saya katakan di dalam podcast kelmarin,adalah benar belaka. Saya berdoa,kebenaran akan terungkai di mahkamah.
Saya juga berharap,kes ini tidak tamat di separuh jalan.Saya akan lawan sehingga ke perbicaraan untuk berhadapan dengan Nur Munirah.”-tulis Dewi di Instagram
“Saya Dah Habis Iddah..”
Tambahnya lagi, dia mendedahkan bahawa dia telah pun tamat tempoh iddah dan telah bercerai pada akhir Oktober lalu.
“Bagi saya tak perlu update pun pasal isi iddah ni. Tapi bila dah jadi fitnah, terpaksa buat kenyataan.
Saya dah habis iddah. Saya bercerai pada 30/10 dan ketika itu saya dalam keadaan suci. Saya hanya perlukan 2 kali sahaja lagi untuk suci.
Sekarang dah Januari. Tak perlu lah nak cerita terperinci. Saya dah habis iddah.”-jelas Dewi di Instagram
Sama-sama kita nantikan sahaja kebenarannya kelak..Apa komen anda?