Kemelut rumah tangga pasangan pempengaruh, Cik Epal dan Jofliam akhirnya terjawab apabila mereka sudah sah bercerai.
Selesai tanggungjawab
Terbaru, menerusi Instagram Story, Jofliam memberitahu dia sudah menyelesaikan semua tanggungjawabnya. Bukan itu sahaja, usahawan pizza wagyu ini turut berterima kasih kepada semua.
Tak apa. Saya dah selesaikan tanggungjawab saya. Terima kasih semua. Terima kasih.
Sebelum memuat naik posting tersebut, Jofliam turut berkongsi beberapa momen ketika bersama anaknya di sebuah hotel.
Lebih mencuri tumpuan, bapa kepada dua orang cahaya mata itu sempat meluangkan masa bersama anak sulungnya iaitu Han sambil meletakkan kapsyen ‘talk man to boy untuk terakhir’. Jofliam turut meluahkan rasa sayangnya terhadap Han dan Yuki.
Terima kasih
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai status hubungan Jofliam dan Cik Epal malah pelbagai spekulasi mula timbul mengenai rumah tangga mereka termasuk dakwaan kehadiran orang ketiga.
Kemudian, tular pula swafoto memaparkan Jofliam bersama seorang staf perempuannya yang dipercayai Dewi.
Walau bagaimanapun, Jofliam yang terkenal dengan Pizza Wangyu menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Dewi seperti yang didakwa ramai.
Sekadar info, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.