Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Saya Datang Daripada Keluarga Bercerai-Berai”- Neelofa Akui Tak Kongsi Masalah Tak Bererti...

    “Saya Datang Daripada Keluarga Bercerai-Berai”- Neelofa Akui Tak Kongsi Masalah Tak Bererti Hidupnya Sempurna

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa, baru-baru ini mengakui kelemahan dirinya dalam memberikan pendapat berhubung pengalaman pahit seorang pemanggil yang ditinggalkan oleh ibu kandungnya sejak kecil.

    Pendedahan ini datang selepas Neelofa menerima kecaman daripada netizen atas pandangannya yang dianggap tidak mencerminkan kepekaan terhadap isu tersebut.

    Neelofa, yang dikenali dengan nama lengkap Noor Neelofa Mohd Noor, menyatakan bahawa kekhilafannya itu disebabkan oleh kesuntukan masa serta kekeliruan yang timbul semasa memberikan pendapat dalam segmen “3 Pagi Era” bersama rakan pengacara, Nabil Ahmad.

    “Saya akui ketidaksempurnaan memberi pandangan dalam konteks yang menyeluruh. Saya hanya menyentuh soal agama tanpa merujuk kepada aspek kesihatan mental,” katanya.

    Neelofa turut menegaskan bahawa dia bukan seorang yang layak untuk membicarakan isu tersebut secara mendalam, namun beliau spontan memberikan respons terhadap soalan yang diajukan.

    “Saya juga tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk memberi penjelasan yang komprehensif. Saya harap mereka yang menyaksikan video penjelasan ini memahami situasi sebenar,” tambahnya.

    Mengenai kecaman daripada netizen yang meragui kelayakan Neelofa dalam memberi nasihat mengenai isu tersebut, beliau menjelaskan bahawa dia juga mempunyai pengalaman hidup sendiri, namun lebih memilih untuk tidak berkongsi butirannya.

    “Tidak adil untuk seseorang menghakimi saya dan menganggap saya tidak pernah melalui situasi getir dalam hidup”

    “Cuma saya tak pernah kongsi apa yang berlaku terhadap orang tua saya. Saya datang daripada keluarga yang bercerai-berai”

    “Meskipun tak pernah kongsi kisah ibu bapa saya, namun tak bererti kehidupan saya baik-baik sahaja”, katanya.

    Neelofa menekankan bahawa meskipun tidak pernah berkongsi kisah ibu bapanya, itu tidak bermakna kehidupannya tanpa cabaran.

    Beliau mengajak semua untuk tidak terburu-buru menilai dirinya, dan mengingatkan bahawa setiap individu memiliki pengalaman dan perjuangan masing-masing dalam kehidupan.

    ALSO READ:  Zarina Zainuddin Kesal Jadi Mangsa ‘Face-Shaming’?-“Nanti Saya Mati, Korang Nak Jaga Anak Saya Ke?”

    Dengan pendedahan ini, Neelofa berharap agar netizen dapat memahami situasi sebenar dan tidak tergesa-gesa membuat penilaian terhadap dirinya.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts