Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Didiagnos Kencing Manis, Bacaan Untuk Kanser Tinggi’ – Azharina Azhar

    ‘Saya Didiagnos Kencing Manis, Bacaan Untuk Kanser Tinggi’ – Azharina Azhar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Azharina AzharAzharina Azhar

    Selepas sekian lama mengunci mulut mengenai masalah kesihatan yang dialami, penyanyi Azharina Azhar akhirnya mendedahkan dia didiagnos menghidap penyakit kencing manis.

    Diagnos kencing manis, keputusan kanser

    Azharina AzharAzharina Azhar

    Menurut Azharina, 39, tanda awal yang dialami sebelum didiagnos penyakit tersebut adalah dia sentiasa berasa dahaga dan sering membuang air kecil.

    Semasa di GV All Stars saya tidak mahu bercerita tentang perkara ini (sakit) sebab saya rasa bukan waktu dan masa yang sesuai untuk dikongsikan.

    Sejujurnya saya telah didiagnos hidap kencing manis pada November tahun lalu. Semasa di Australia ketika itu saya ada berjumpa dengan doktor pakar sebab saya selalu sakit, rasa sangat haus dan asyik buang air kecil. Doktor pun bagi nasihat.

    Azharina mendedahkan mengenai perkara itu ketika menjadi tetamu dalam program ‘No Filter’ di Astro Gempak.

    Dalam temubual tersebut, penyanyi asal Sabah itu kelihatan gagal menahan sebak dan mengesat air matanya beberapa kali.

    Tidak hanya itu, pelantun lagu Elegi Sepi ini juga memberitahu dia ada melakukan pemeriksaan kesihatan yang mana keputusan pemeriksaan tersebut mendapati potensi dia menghidap kanser adalah sangat tinggi.

    Kata Azharina, doktor akan melakukan rawatan susulan sama ada perlu menjalani pembedahan atau proses kemoterapi.

    Kemudian, semasa GV All Stars bermula pada September, saya ada buat pemeriksaan kesihatan pada Ogos. Keputusan kesihatan semua okay, tetapi bacaan untuk kanser sangat tinggi. Doktor nasihatkan saya untuk jalani MRI. Tetapi kerana tidak mahu ada gangguan, saya minta izin untuk buat MRI selepas GV habis.

    Untuk mereka yang tidak tahu, selain saya memberi komitmen dalam GV All Stars, saya juga harus menguruskan syarikat dan memikul tanggungjawab sebagai ibu. Jadi badan saya sangat penat.

    Sampai tahap setiap minggu ketika bertanding, saya kena ambil drip daripada doktor. Badan saya sampai tak boleh tahan, ada tahap sampai berdarah tanpa henti. Bermula dari minggu keenam hingga minggu final.

    Keputusan pemeriksaan yang saya terima ada yang kurang enak, doktor kata sama ada akan buat pembedahan atau mungkin jalani rawatan kimoterapi.

    ALSO READ:  [VIDEO] Kim Woo Bin Kongsi Kisah ‘Lawan’ Kanser Tujuh Tahun Lalu – ‘Macam Dalam Drama, Doktor Ramal Hidup 6 Bulan Saja’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts