Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Dihimpit Pelumba Perancis & Hampir Jatuh, Pacer Gerak Perlahan’ – Azizulhasni...

    ‘Saya Dihimpit Pelumba Perancis & Hampir Jatuh, Pacer Gerak Perlahan’ – Azizulhasni Awang Perjelas Situasi Sebenar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Datuk Azizulhasni AwangDatuk Azizulhasni Awang

    Jaguh trek berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang mendakwa dia telah dihalang dan dihimpit secara agresif oleh pelumba dari Perancis.

    Penjelasan sebenar

    Datuk Azizulhasni AwangDatuk Azizulhasni Awang

    Menerusi hantaran di Instagram, Azizul berkata dia juga hampir terjatuh, namun berjaya mengawal situasi cemas itu dengan baik.

    Ketika melepasi selekoh ketiga dan sebelum memasuki selekoh keempat, saya dihalang dengan himpitan daripada pelumba Perancis.

    Himpitan itu terlalu agresif dan bagi saya ia disengajakan kerana melanggar saya dan saya hampir terjatuh. Saya terselamat daripada jatuh merana tindak balas pantas dan kemahiran yang saya ada.

    Tidak cukup dengan itu beliau masih mengekori rapat di sebelah dan masih cuba memberikan himpitan kedua dan di dalam keadaan seperti itu, reaksi saya adalah bergerak ke hadapan untuk mengelak daripada beliau.

    Menerusi hantaran sama, Azizul yang juga menerima jolokan ‘The Pocket Rocket Man’ itu turut menjelaskan situasi sebenar serta stratergi yang sudah diatur bersama jurulatih, John Beasley sebelum saringan bermula.

    Hasil perbincangan bersama jurulatih John Beasley, plan terbaik adalah untuk terus ke hadapan dan cuba mendapatkan posisi paling hadapan seawal mungkin. Ini adalah kerana ada beberapa pelumba front runner (senko) berada di hadapan. Jika pelumba hadapan terus memecut awal, ia akan meletakkan saya di situasi sukar untuk bergerak ke hadapan pada kelajuan tinggi berdasarkan beberapa pelumba yang berada di hadapan saya.

    Akan ada kemungkinan halangan dan jarak oleh beberapa pelumba hadapan jika saya menggunakan taktik menunggu. Jadi saya harus memilih taktik terbaik untuk meningkatkan kemungkinan untuk menang, dan bergerak awal ini juga saya ada lakukan ketika pusingan awal di Olimpik Tokyo dahulu.

    Berbaki satu pusingan sebelum pacer keluar saya sudah bergerak ke hadapan secara perlahan-lahan dari belakang, ini sama ketika saya lakukan di perlumbaan Kejuaraan Asia di Kuala Lumpur dahulu juga.

    Perancangannya adalah untuk bergerak ke hadapan dan berada di sebelah luar pelumba pertama atau kedua dan selepas pacer keluar saya akan terus memecut untuk merebut kedudukan posisi paling hadapan (pertama).

    Dalam pada itu, pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 itu turut menjelaskan mengenai situasi dia mendahului derny (pacer).

    Sebagai seorang pelumba Keirin yang elite, kita tahu kelajuan untuk pacer sebelum keluar. Biasanya di lap terakhir pacer akan memecut keluar selepas melepasi selekoh empat pada kelajuan 50-55 kilometer sejam. Akan tetapi pada perlumbaan saya tadi pacer bergerak lebih perlahan berbanding kelajuan sebenarnya dan tidak memecut keluar selepas selekoh empat.

    Saya yang tengah bergolak dengan pelumba Perancis itu perasan pacer masih belum memecut keluar, terkejut, dan cuba back pedal sebagai cara untuk brek akan tetapi malangnya tak sempat untuk memperlahankan kelajuan seperti yang diinginkan.

    Berdasarkan peraturan perlumbaan, tayar belakang pelumba tidak boleh memotong pacer sebelum pacer keluar di pursuit line iaitu line halus di tengah front stretch (bukannya starting line).

    Adakah tayar belakang saya memotong pacer sebelum pacer keluar? Jawapan saya adalah ya akan tetapi ia adalah tidak disengajakan dan juga adalah disebabkan oleh dua keadaan. Pertama blocking dan himpitan berterusan daripada pelumba Perancis dan kedua, adalah kerana pacer bergerak pada kelajuan hanya 40-45kmh dan tidak pada kelajuan sepatutnya dan tidak memecut keluar seperti kebiasaan.

    Jurulatih, John Beasley dan Pengurus, Pasukan Izham Mohammad terus berjumpa dengan pihak panel komisar sejurus kejadian dan menjelaskan keadaan dan memohon untuk mereka review kembali video perlumbaan dan keputusan. Namun mereka memilih untuk kekal dengan keputusan yang sama.

    Meskipun harapannya sudah musnah, namun Azizul memohon orang ramai mendoakan kejayaan seorang lagi pelumba negara, Shah Firdaus Sahrom untuk menggalas tanggungjawab dan bagi membawa pulang pingat emas untuk kontinjen Malaysia.

    ALSO READ:  Billboard Uncovers Selena Gomez's Birthday Wish as She Turns 31

    Terdahulu, Azizul telah disingkirkan daripada pusingan pertama acara berbasikal keirin di Olimpik Paris 2024 sekali gus mengejutkan ramai penyokongnya.

    Pada perlumbaan itu, Azizul yang disandarkan harapan untuk menggungguli acara kegemarannya dan sekali gus membutirkan pingat emas pertama negara di Olimpik, dibatalkan penyertaannya selepas dia mendahului pacer.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts