Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Garang Kalau Datang Set Penggambaran Tak Bersedia’ – Lana Nodin

    ‘Saya Garang Kalau Datang Set Penggambaran Tak Bersedia’ – Lana Nodin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Lana Nodin sebelum ini pernah berkongsi pengalaman dan pendapat peribadinya mengenai topik buli di set penggambaran. Berikutan daripada perkongsian tersebut, rata-rata netizen mendakwa apa yang diperkatakan oleh Lana itu tidak sama dengan situasi zaman sekarang.

    Oleh sebab itu, berjaya menemu bual Lana bagi mendapatkan responsnya.

    Garang kalau tak bersedia

    Menurut Lana, isu buli ini merupakan perkara yang subjektif. Ujar Lana, selagi perbuatan tersebut tidak melibatkan tindakan memukul, mencederakan dan mengganggu emosi atau trauma ia tidak dianggap buli.

    Bagi saya budak zaman sekarang manja. Kalau pengarah tu pukul sehingga emosi terganggu sehingga menyebabkan trauma itu buli. Kalau setakat kena baling skrip bagi pendapat saya itu bukan buli.

    Kalau datang set penggambaran lambat, main telefon, buat TikTok dan tak jaga call time memang la kena marah. Kita kerja dengan ramai orang dan pasukan tu besar. Kalau kita lambat, kita dah beri kesan dekat ramai orang. Saya faham tinggal di Kuala Lumpur ni ada masanya kita akan lewat disebabkan kesesakan lalu lintas. Tapi apabila kau dah sampai, tunjuklah hasil kerja yang bagus. Beri mood yang baik.

    Sebagai pelakon kena very prepare. Bukan kau sorang yang dibayar oleh pihak produksi. Itupun kau baru kena dengan orang yang biasa, belum dengan pengarah dan penolong pengarah zaman dahulu.

    Tambah Lana, sekiranya seseorang itu tidak boleh tahan, lebih baik mereka jangan menceburi industri seni.

    Zaman sekarang tak sama macam dulu, ada media sosial. Anak seni pasti tahu asam garam. Dulu kami tak pernah bising. Kami anggap sebagai pelajaran. Pengarah mahukan yang terbaik sebab itu dia tegur. Kalau kerja dengan saya, saya lagi garang kalau datang set tak bersedia. Kami dulu dapat skrip terus hafal dekat rumah, bukan datang set baru nak baca dan hafal skrip.

    Reaksi netizen

    Berbicara lebih lanjut, Lana mengakui bahawa dia akan menyemak terlebih dahulu senarai pelakon yang akan bergandingan dengannya.

    ALSO READ:  Ramlan Ram Percaya Pada Rezeki, Akui Terasa Bakat Tidak Dikenali Di Negara Sendiri – ‘Saya Bersyukur Job Masih Ada’

    Disoal sama ada isu ini menjejaskan nama industri seni ataupun tidak, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berkata ya.

    Di akhir temu bual, sempat bertanya kepada Lana mengenai reaksinya apabila netizen bertindak meninggalkan kecaman terhadapnya berhubung isu ini.

    Saya baca ada yang kata kalau perkara ini terjadi dekat anak saya di sekolah macam mana? Saya macam ehh itu dua benda yang berbeza. Sekolah pergi untuk dapat pelajaran.

    Kita pula pergi kerja. Jangan samakan. Tapi saya tak kisah komen netizen sebab mereka tak tahu apa yang berlaku di tempat kejadian. Jadi tak perlu nak beri penerangan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts