Penyanyi Datuk Jamal Abdillah tidak kisah sekiranya anaknya, Zaki Yamani mahu menggunakan wang sendiri untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT).
Artikel berkaitan:
Artikel berkaitan: Jamal Abdillah Terima Rezeki Allah, Sedar Netizen Kecam Isteri Hamil Lagi – ‘Saya Dah Dapatkan Pandangan Doktor Pakar’
Artikel berkaitan: Jamal Abdillah Bakal Timang Anak Ketujuh, Isteri Alami Alahan Teruk Sedang Dirawat Di IJN
Dah siapkan simpanan
Menurut Jamal, sebagai seorang ayah, dia sudah menyediakan simpanan untuk semua anak-anaknya.
Jika nak diikutkan, memang saya yang menanggung pelajarannya sejak kecil lagi. Tapi sekarang, saya okay sahaja kalau dia sudah ada duit dan tak minta dengan saya untuk sambung belajar.
Saya gembira bila dia sudah boleh cari rezeki dan tanggung diri sendiri. Sebagai ayah, saya memang sudah siapkan simpanan tertentu untuk setiap anak dari segi pendidikan untuk menjamin masa depan mereka.
Tambah Jamal, dia sangat faham keadaan dan situasi anaknya itu bahkan, sentiasa memberi sokongan terhadap Zaki termasuk urusan sambung pengajian dalam bidang muzik.
Masa mula dapat keputusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) pun dia tak beritahu saya. Kalau dia di bawah jagaan saya 100 peratus, mesti dia beritahu setiap tindakannya itu tapi dia di bawah jagaan ibunya.
Banyak juga orang yang hubungi saya untuk jemput dia menyanyi dan buat persembahan. Saya juga tidak kisah jika pihak yang tidak cukup bajet untuk bayar ‘harga’ saya ambil Zaki untuk menyanyi.
Dia anak saya mestilah saya bantu dia untuk dapat undangan persembahan.
Terdahulu, dalam laporan sebelum ini, Zaki mendedahkan dia sanggup berhabis sebanyak RM40,000 untuk menyambung pengajian di sebuah IPT swasta. Tambah Zaki, dia tidak memberitahu bapanya mengenai perkara itu.