Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Harap Dia Enjoy The 5 Minute Of Fame’ – Aliff Aziz...

    ‘Saya Harap Dia Enjoy The 5 Minute Of Fame’ – Aliff Aziz Ucap Terima Kasih & ‘Goodbye’ Pada Sarah Yasmine

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    sarah aliffsarah aliff

    Masih belum berakhir kemelut yang melanda selebriti sensasi, Aliff Aziz tentang isu curang apabila dia tampil bersuara bagi menjelaskan tentang masalah yang sedang berlaku.

    Persoalan kepada Sarah

    alif anisalif anis

    Menerusi temu bual podcast bersama The Common Folks SG, Aliff mempersoalkan tindakan wanita yang didakwa ‘kekasih gelapnya’ iaitu Sarah Yasmine kerana melakukan pendedahan sehingga mencetuskan kontroversi besar dalam industri hiburan.

    Saya tak percaya bila saya nampak posting yang dibuat Sarah tentang hal peribadi saya, perbualan peribadi saya, saya rasa macam kenapa perlu dia dedahkan?

    Sampai sekarang saya fikir kenapa dia rasa dia buat benda ini untuk saya walaupun dia tahu dan faham perkara ini akan keruhkan lagi keadaan dan apa yang didedahkan ini tiada kena mengena pun dengan dia.

    Macam mana dia boleh rasa dia buat benda ini untuk alasan sayang, atau untuk bantu bersihkan nama saya sebab saya rasa it doesn’t connect the dots.

    Pemilik nama Muhammad Aliff Aziz ini berkata dia sama sekali tidak tahu menahu akan punca sebenar tindakan Sarah berikutan ianya telah menyentuh ramai pihak dengan perkara yang sangat sensitif.

    Kesimpulannya, apa niat sebenar Sarah untuk dedahkan semua benda itu?  Tiada sesiapa pun suruh dia dedahkan benda yang kita tahu sangat sensitif ini. Tapi dia buat juga dan saya tak tahu apa sebab dia buat benda itu dan hanya dia sahaja yang tahu niat sebenar dia.

    Dalam masa yang sama, aktor berusia 33 tahun itu sempat menitipkan ucapan dan nasihat buat Sarah atas apa yang telah didedahkannya.

    Saya harap dia enjoy the five minute of fame ini dan saya harap dengan apa yang dia sudah buat dia boleh tidur dengan lena.

    Tapi hati-hati kerana apa-apa yang kita buat termasuk saya sekali akan ada akibatnya. Apa yang sudah berlaku kita sudah tidak boleh nak putar balik masa. Jadi, terima kasih dan goodbye.

    Terdahulu, Sarah menyatakan dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan Ruhaines.

    ALSO READ:  Lagu ‘Masing Masing’ Terima Anugerah Platinum, Ernie Zakri Kekal Di Kelas Tersendiri

    Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan isterinya Bella Astillah. Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.

    Dalam pada itu, beberapa nama artis lain turut didakwa terpalit dengan pendedahan tersebut termasuk Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen dan Anna Jobling.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts