Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Harap Dia Jadi Penyanyi Yang Berjaya & Tak Perlu Tumpang Populariti...

    ‘Saya Harap Dia Jadi Penyanyi Yang Berjaya & Tak Perlu Tumpang Populariti Orang Lain’ – Aisha Retno

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Semalam, penganjur konsert, Kharisma Music International menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan pihak mereka mengambil keputusan terburu-buru untuk membatalkan konsert sulung penyanyi, Aisha Retno iaitu ‘Konsert Malam Sutera Aisha Retno’.

    Terbaru, penyanyi Aisha Retno dilihat tampil memuat naik sebuah posting di Instagram Storynya berhubung konflik tersebut.

    Semoga kalian dimurahkan rezeki

    Menurut Aisha, pagi ini, dia menerima banyak direct message (dm) daripada peguam yang mahu membantunya berikutan isu pembatalan konsert.

    MashaAllah, semoga kalian dimurahkan rezeki. Maaf Aisha tak dapat dm satu-satu lagi. Saya akan berhubung dengan anda dalam masa terdekat. Buat masa sekarang, saya hanya mahu fokus mengenai karier seni dan lagu terbaru saya yang akan keluar pada bulan Disember nanti.

    Pada masa yang sama, Aisha berkata, segala bukti bakal didedahkan tidak lama lagi demi keadilan.

    Saya doakan yang terbaik untuk dia dan semua konsert yang berjaya dia lakukan. Saya harap dia menjadi seorang penyanyi yang berjaya dan tidak perlu menumpang populariti dan bakat orang lain untuk mengadakan konsert nanti.

    Berbicara lebih lanjut, Aisha berharap pihak penganjur dapat merancang hal kewangan dan promosi yang lebih baik agar tidak menyalahkan orang lain di kemudian hari.

    Paling penting saya harap dia tahu mengenai undang-undang komunikasi sebelum melulu membuat keputusan tanpa memberitahu produk. Semoga yang baik-baik untuk beliau.

    Saya maafkan

    Di akhir posting, pelantun suara ‘Sutera’ ini memberitahu dia sudah memaafkan individu tersebut.

    Saya maafkan dia, sebab saya tahu dia seorang manusia yang baik. Tapi saya tak tahu sama ada ibu bapa dan keluarga saya akan maafkan dia. Hanya padang mahsyar yang boleh menjawab. Terima kasih Allah atas nikmat dan cabaran ini.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Semasa Saya Duduk Dengan Mak Mentua Dah Curang, Alisha Nak Masuk Umur Tiga Tahun Pun Masih Lagi Curang’ – Ananda Natasha

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts