Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Idamkan Trofi Oscar, Itu Anugerah Paling Legit’ – Meerqeen

    ‘Saya Idamkan Trofi Oscar, Itu Anugerah Paling Legit’ – Meerqeen

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon meningkat naik, Meerqeen menyatakan impiannya untuk memperoleh trofi daripada Anugerah Akademi (Oscar) yang bertaraf antarabangsa.

    Impian Meerqeen

    Ketika ditemui , Meerqeen mengakui anugerah dan trofi bukanlah pengukur kejayaanya di dalam industri seni namun tetap menghargai sokongan peminat menerusi setiap karya lakonan.

    Sejujurnya saya tidak pernah mengharapkan apa-apa penganugerahan pun sebab pencapaian saya bukan pada trofi, pencapaian saya apabila nama saya ada dalam hati peminat.

    Kalau dapat Alhamdulillah, jika sebaliknya saya teruskan hidup macam biasa sebab menang trofi bukan ada benda istimewa pun yang jadi dalam diri saya.

    Saya ada beritahu peminat untuk tidak mengundi saya kalau saya tercalon dekat mana-mana anugerah. Bagi saya, tidak mengapa saya tidak dapat semua itu asalkan mereka dapat layanan sepenuhnya daripada saya sebagai artis yang mereka minat.

    Meerqeen berkata demikian ketika ditemui di sesi temu bual bersama pelakon drama Uncle Boss Mama yang berlangsung di Bukit Jalil pada Khamis.

    Mengulas lanjut, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam berkata, dirinya sudah pun memperoleh banyak peluang dan tawaran sebelum memenangi anugerah.

    Mahu kata untuk lebih banyak tawaran ataupun ‘endorsement’, saya sudah lama dapat semua itu sebelum menang anugerah lagi.

    Semua orang boleh dapat itu jadi menang trofi bukanlah ada beza pun. Mungkin itu satu pencapaian tetapi bagi saya tidak menang pun tidak mengapa asalkan saya ada tempat dalam industri seni tanah air.

    Walau bagaimanapun, aktor berusia 23 tahun itu tetap mengidamkan trofi daripada anugerah berprestij tersebut.

    Saya hanya idamkan trofi Oscar, itu impian saya. Saya fikir anugerah itu sahaja yang paling ‘legit’ pun. Mungkin kedengaran kelakar tetapi saya percaya kalau saya kerja keras, tiada yang mustahil untuk genggam trofi tersebut.

    Sekadar info, nama Meerqeen mula melonjak dalam dunia seni tempatan selepas membintangi drama popular iaitu Melur Untuk Firdaus yang ditayangkan di TV3. Gandingannya bersama pelakon berdarah kacukan, Anna Jobling turut mendapat perhatian.

    ALSO READ:  [VIDEO] Ungku Hariz Umum Jihan Muse Hamil Anak Ketiga

    Rentetan itu, Meerqeen dilimpahi dengan pelbagai peluang lakonan termasuk di Indonesia. Dia juga menjadi antara wajah dan duta bagi jenama-jenama produk serta fesyen antarabangsa.

    Imbas kembali, Meerqeen merupakan pemenang tempat ketiga menerusi pertandingan Hero Remaja bagi edisi 2019/2020.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts