Sebelum ini kecoh isu wajah anak pempengaruh dan penyanyi rap, Caprice yang didakwa telah dihina oleh seorang individu di media sosial.
Keputusan Caprice & isteri
Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram Story (IG), Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli meluahkan rasa gembira kerana pengikutnya banyak berkongsi pengalaman menjaga bayi.
Minta maaf kepada semua ibu bapa yang suka kongsi journey menjaga baby. Kami sangat enjoy dengan perkongsian daripada semua dan ada yang siap bagi tips.
Bagaimanapun, pempengaruh berusia 35 tahun itu dan isterinya Farra Inalis mengambil keputusan untuk tidak lagi berkongsi foto dan video anak mereka di media sosial buat seketika.
Namun, saya dan Elis telah memutuskan untuk berhenti berkongsi foto dan video anak kami buat sementara waktu. Kami sayang anda semua dan kami amat menghargainya.
Terdahulu, seorang pemuda yang dikenali sebagai Irfan dibawa berjumpa dengan isteri Caprice untuk memohon maaf selepas mengeluarkan kata-kata hinaan kepada anak mereka.
Dalam rakaman yang dikongsikan di IG, Farra dilihat sedikit beremosi sebelum meminta pemuda terbabit melutut di hadapannya.
Bagaimanapun, tindakan Farra telah menerima kecaman segelintir wargamaya dengan menyifatkan sebagai melampau.
Untuk info, Caprice dan Farra mendirikan rumah tangga pada November 2022. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Airiel Qashaf yang dilahirkan pada Mac lalu.