Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, January 24, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Jumpa Dalam Keadaan Anak Masih Bernyawa, Esoknya Hanya Nampak Mayat Rentung’

    ‘Saya Jumpa Dalam Keadaan Anak Masih Bernyawa, Esoknya Hanya Nampak Mayat Rentung’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Foto: Kosmo

    Hasil bedah siasat mendapati pemuda yang terkorban dalam kebakaran rumah di Tongkang Yard, Alor Setar pada Selasa, didapati masih bernafas sebelum api merebak sehingga mengakibatkan mangsa rentung.

    Dibakar kerana telefon bimbit

    Sekadar gambar hiasan

    Memetik laporan Kosmo, bapa mangsa iaitu Mohd. Zaini Hashim, 63, tidak menyangka bahawa suspek tergamak membunuh anak lelakinya, Muhammad Muslim, 23, hanya kerana telefon bimbit.

    Saya tidak dapat menerima menerima perbuatan kejam suspek yang sanggup membakar rumah sehingga mengorbankan anak saya (Muslim) dan bapa ang­katnya (Ibrahim Mydin, 61)

    Perbuatan menyimbah petrol dan membakar itu memang kejam. Hanya kerana telefon dua nyawa terkorban.

    Menurut Zaini, suspek disyaki memasuki rumah tersebut menggunakan kunci pendua sebelum bertindak mencurahkan petrol ke atas Ibrahim yang dipercayai sedang tidur di tingkat atas lalu membakarnya.

    Difahamkan, pihak polis masih belum mengesahkan identiti mayat mangsa namun berdasarkan raut wajah, Zaini percaya itu adalah anak lelakinya.

    Saya jumpa dia dalam kea­daan elok (bernyawa), esoknya hanya nampak mayat rentung.

    Tetapi saya yakin ia memang Muslim sebab ada ‘bangle’ (rantai tangan lelaki), rantai dan cincin yang dipakai sehari sebelum kejadian.

    Naluri saya kuat mengatakan mayat rentung itu adalah Lim (Muslim)

    Kelima-lima suspek yang berusia 19 hingga 53 tahun yang terlibat dalam kes pembunuhan Muslim dan Ibrahim telah diberkas oleh pihak polis. Tangkapan pertama melibatkan suspek berusia 29 tahun yang juga keluarga terdekat Ibrahim.

    Terdahulu, siasatan mendapati mang­sa membuat laporan telefon bimbitnya dicuri sehari sebelum kejadian, manakala mangsa menarik balik laporan selepas suspek serahkan semula barangan itu. Polis mengesahkan bahawa motif kejadian adalah akibat dendam.

    ALSO READ:  [TRENDING] Kembar 3 TikTokers Didakwa Buka Tudung dan Bersuara – 'Jaga Mulut, Dosa Dengan Manusia Wajib Mohon Maaf Takut Sekat Masuk Syurga'


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts