Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Latih Mereka Untuk Berniaga, Sebab Saya Pun Akan Pergi Satu Hari...

    ‘Saya Latih Mereka Untuk Berniaga, Sebab Saya Pun Akan Pergi Satu Hari Nanti’ – Aliff Syukri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri dilihat semakin giat mengembangkan empayar perniagaannya demi masa depan anak-anak.

    Tak terlalu manjakan anak

    Menerusi temu bual bersama Aliff berkata, komitmen syarikat yang tinggi serta persaingan yang sengit daripada jenama baharu menjadi antara sebab dia terus konsisten berniaga, termasuk memperkasakan jualan secara atas talian,

    Saya buat ini demi anak-anak. Komitmen saya juga besar. Saya mempunyai pekerja lebih 300 orang. Jadi mahu tidak mahu, saya dan isteri perlu meneruskan perniagaan. Ketika fasa dan selepas pandemik, perniagaan kami memang merudum.

    Namun, Alhamdulillah berkat bantuan dan sokongan anak isteri, perniagaan yang dijalankan itu kembali menunjukkan hasil yang positif.

    Tambah Aliff, dia mahu melihat anak-anaknya ke depan pula selepas ini dan melakukan ‘konten’ agar suatu hari nanti mereka boleh mengambil alih tanggungjawabnya.

    Bila anak-anak makin membesar mereka tidak mahu ke depan. Kadang-kadang bila minta buat ‘konten’, mereka tak mahu buat. Sampai saya menangis. Jadi bila pelancaran Anthon’s Leater ini, saya minta anak-anak untuk bergaya. Sebab anak sulung saya misalnya, dia pemalu. Lalu saya beritahu, dia sekarang sudah perlu ke depan.

    Aliff yang ditemui pada Majlis Pelancaran Anthon’s Leather (AL Beg) dan Aliff Syukri Beg (AS Beg) di Hotel One World, Petaling Jaya, minggu lalu, turut memberitahu dia tidak terlalu manjakan anak-anaknya dengan kemewahan.

    Memang sekarang saya latih mereka untuk berniaga. Sebab saya pun akan ‘pergi’ satu hari nanti. Sayang kalau anak saya tidak ambil alih (empayar perniagaan). Tapi saya tak mahu mereka syok sendiri. Kadang-kadang ada anak-anak yang merasakan sebab ibu bapa mereka orang kaya, mereka boleh jalani hidup dengan keseronokan. Saya mahu didik mereka, bukan senang untuk berniaga.

    Jujurnya ibu saya sendiri pun orang senang, namun dia tidak pernah didik saya untuk jadi anak orang kaya.

    Inspirasi sendiri

    Disoal mengenai bagaimana boleh mendapat idea untuk mengeluarkan beg AL & AS, Aliff secara ringkas menjawab semuanya cetusan inspirasi sendiri.

    Beg AL & AS adalah cetusan inspirasi daripada saya sendiri yang mana konsep reka bentuk rangkaian beg tersebut dilhamkan dengan sentuhan serta cita rasa mewah. Penghasilan kualiti beg bertaraf antarabangsa dengan harga tempatan, ia pastinya mampu dimiliki dan sesuai untuk semua peringkat umur mahupun jantina mengikut rekaan beg tertentu.

    Setakat ini, lebih 500,000 unit beg telah terjual atas sokongan dan sambutan luar biasa menerusi platform e-dagang.

    Selain pelancaran koleksi beg, Aliff dan isteri turut merai stokis mereka di majlis tersebut. Majlis itu turut dimeriahkan lagi dengan persembahan istimewa daripada Kazar Saisi dan anaknya, Ira Kazar dan penyanyi popular Ziana Zain yang menyampaikan tiga buah lagu.

    ALSO READ:  [VIDEO] Netizen Memuji Fathia Latiff yang Teruja 'Unboxing' Hadiah Bernilai RM1 - 'Sangat Teruja Seolah-olah Dapat Barang Mahal'

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts