Pempengaruh media sosial, Kim Seri yang kini menjadi bualan ramai selepas terpalit dengan dakwaan penipuan pakej pelancongan yang dikendalikannya itu tampil bersuara selepas didakwa telah melarikan diri ke negara lain.
Nafi Lari Ke Jepun
Kim Seri, menerusi hantaran di Insta Stories, menjelaskan bahawa dia tidak pernah berniat mahu melarikan diri ke Jepun dan tinggal di sana selain menyatakan mengenai dirinya yang masih berada di Korea.
“Saya tak pernah nak lari ke Jepun dan tak pernah berniat nak tinggal di Jepun. Saya masih di Korea.
Saya masih di sini memberi kerjasama atas mana-mana siasatan yang dilakukan ke atas saya.”-jelas Kim Seri di Insta Stories
Sudah Mulakan Proses Pemulangan Wang Semula
Tambahnya lagi, Kim Seri turut memaklumkan dirinya kini sudah memulakan proses pemulangan wang semula kepada pihak yang sudah melakukan pembayaran untuk trip Disember 2024 dan yang akan datang.
“Dan saya dah buat group WhatsApp dan mulakan proses refund untuk trip Disember 2024 dahulu, dan seterusnya sayaakan buat untuk trip-trip yang akan datang.
Trip akan datang tu bukan bermaksud trip baru yang akan dibuka. Saya tidak membuka mana-mana trip baru. Maksud saya trip yang sudah ada tapi akan berlepas pada bulan Januari dan Februari 2025. Saya dahulukan proses refund untuk trip bulan Disember 2024 dahulu.”-tulis Kim Seri lagi
Baru-baru ini, Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman telah memberi pengesahan kepada media tempatan bahawa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah menerima lima laporan berhubung isu tersebut.