Pelakon, Dottie meminta maaf sekiranya imej seksi yang digayakan mengundang rasa kurang senang dan menjadi perbualan segelintir netizen.
Saya minta maaf
Menurut Dottie atau nama sebenarnya Nor Syuhaida Abd Razak, setakat ini dia masih menjaga batas dan penampilan yang digayakan agar tidak terlalu mencolok mata.
Sebenarnya penampilan saya di luar memang begini. Tapi saya minta maaf sekiranya ada pihak menganggap pakaian saya terlalu berlebihan, lebih-lebih lagi menampakkan bahagian lengan saya yang besar ini.
Tapi saya tak rasa apa yang digayakan ini terlalu mendedahkan, cuma nampak bahagian lengen. Walau bagaimanapun saya minta maaf sekiranya imej ini menampakkan saya agak keterlaluan.
Dottie yang ditemui pada Tayanagn Perdana Filem Pontianak 200KG arahan Shuhaimi Lua, turut mengakui bahawa dia tidak dapat memuaskan hati semua pihak dan menutup mulut mereka. Tambahnya lagi, imej seksi yang dikenakan itu tidak digayakan selalu.
Saya akui kebanyakan watak yang saya lakonkan adalah wanita yang comel dan gila-gila, jadi saya tak boleh nak paksa mereka untuk terima imej sebenar saya di luar.
Cuma saya ingin jelaskan imej seperti ini tidaklah kerap digayakan.